Sunday, September 3, 2017

Review Movie What Happened to Monday

Netflix penstriman yang paling berjaya di Amerika Syarikat kerana berjaya menjana puluhan juta dengan menyediakan video berbayar secara online. Iflix pun nak ikut macam Netflix.

Yang best tentang Netflix ni bukan je buat drama series je best tapi movie pun dorang buat best dan salah satu movienya adalah seperti Spectral, Hush, Naked, Okja, What Happened to Monday dan banyak lagi

Review Movie What Happened to Monday
Review Movie What Happened to Monday
So kali ni nak review pasal What Happened to Monday.

Sinopsis What Happened to Monday

Mengisahkan dunia yang mengalami overpopulation iaitu penduduk yang terlalu ramai dan padat dan kerajaan telah menggubal satu akta di mana satu keluarga hanya boleh ada satu anak sahaja. Lebih dari itu akan di bawa dan di 'tidur'kan untuk masa akan datang.

Namun ada satu keluarga ini mempunyai 7 kembar yang sama, dan atok yang jaga dorang ini telah menamakan dorang ni senang je nak ingat iaitu Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday dan Sunday..atok ini lah yang mengajar diorang sejak dari kecil mcm mana nak protect diri semua. Keluar umah ikut nama je. 

So konflik mula berlaku apabila Monday hilang. Macam mana boleh hilang kena tengok sendiri..

Ulasan What Happened to Monday

Boleh dikatakan movie yang agak lain daripada lain jugalah pasal kembar yang nak survive dengan keadaan kerajaan yang menghadkan makanan semua. 

Bayangkan dorang keluar ikut nama, kalau namanya Monday, kena keluar Monday tak boleh keluar hari lain..

Begitu juga dengan identiti.. Identiti plak dorang kena sama dengan menggunakan nama ibu dorang. So senang nak pergi kerja guna satu nama dengan watak yang kena sama walaupun ada yang tomboy la, ada yang cerewet semua tapi bila keluar dorang kena berlakon jadi sopan. 

tak pernah terfikir plak buat movie macam ni.. memang awesome. 

Konflik jadi teruk bila Monday hilang, tuesday plak kena selesaikan masalah. Rumah dorang plak kena pecah masuk? Apa yang sebenarnya dah jadi? Kantoi ke sebab dorang kembar 7? Korang kena tengok sendiri baru korang tahu jawapannya..