Wednesday, August 9, 2017

Boleh Makan Tapi Mesti Bakar Kalori Selalu

Menikmati pelbagai jenis makanan memang nikmat tapi kesannya pasti membuatkan korang kecewa. Memang susah untuk mengawal diri daripada makan pelbagai jenis makanan apatah lagi jika korang pencinta makanaan

Bukannya tak boleh makan langsung makanan kegemaran, syaratnya selepas makan, korang perlu berusaha untuk membakar kalori yang telah diambil. Berlari adalah salah satu cara membakar kalori hasil daripada makanan yang telah dimakan..

Pengambilan Kalori Mengikut Jenis Makanan

Berikut adalah jumlah larian dalam kiraan kilometer yang perlu korang lakukan selepas pengambilan makanan tersebut..

Boleh Makan Tapi Mesti Bakar Kalori Selalu

  1. Secawan Kopi
    Selepas minum secawan kopi, korang perlu berlari sebanyak 0.42 kilometer untuk membakar kalori.
  2. Kentang Goreng
    Menikmati kentang goreng sambil menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen memang mengasyikkan... Tetapi korang perlu membakar kalori bagi sebekas kentang goreng saiz sederhana memerlukan korang berlari sebanyak 5.97 kilometer.
  3. Burger Daging
    Makan burger memang sangat besttt.. Tapi bagi membakar kalori untuk sebiji burger daging yang dimakan memerlukan korang berlari sejauh 4.05 kilometer
  4. Coklat Bebola
    Semua orang suka coklat tu.. sebab coklat tu jenis eksklusif terutama yang disalut dengan kekacang. namun ketahuilah bahawa untuk sebiji dua biji bebola coklat yang korang makan. Memerluukan  korang berlari sejauh 2.21 kilometer untuk membakar jumlah kalori yang diambil
  5. Minuman Berkarbonat
    Minuman berkarbnat tidak mempunyai zat tetapi banyak kalori yang datangnya daripada gula.. Jika korang minum satu tin minuman berkarbonat korang perlu berlari sejauh 1.87 kilometer untuk membakar kalori di dalam tubuh
  6. Energy Bar
    Mungkin sesetengah orang berpendapat bahawa sekeping  energy bar sbagai salah satu cara untuk diet. Bagi setiap keping energy bar yang diambil memerlukan korang berlari sejauh 3.97 kilometer untuk membakar kalori