Mitos Berkenaan Dengan Bawang
Soalan : Bahaya tak kalau simpan lebihan bawang yang telah dipotong? Dengar cerita, bawang yang telah dipotong adalah "magnet" bakteria!![]() |
Mitos Berkenaan Dengan Bawang yang tak disimpan dengan betul |
Dakwaan kononnya bawang menjadi magnet bakteria toksik apabila disimpan semalaman adalah tidak benar. Apabila bawang dipotong, ia mengeluarkan enzim yang menghasilkan asid sulfurik, berpotensi untuk merencatkan pertumbuhan kuman.
Bawang memang boleh tercemar, itu pun jika kita memotongnya di atas papan pemotong yang kotor atau disimpan di dalam bekas yang kotor. Semua makanan pun akan tercemar sama jika kita tak kendalikannya dengan betul, jadi ia bukan masalah yang disandarkan kepada bawang semata-mata.
Dari manakah mitos bawang "magnet bakteria" ini wujud. Pada tahun 1500an dahulu, bawang dikatakan boleh "menyerap" kuman wabak penyakit Bubonic (sila search Black Death di Google) yang telah menular di Eropah pada masa itu. Sebenarnya, bawang tidak berupaya menyerap apa-apa kuman pun. Ia kekal menjadi mitos.
Jangan tertipu dengan mitos berusia lebih 500 tahun!
1 comments
laa ye ke bohong artikel tu. payah betul kalo ramai sgt org kreatif suka buat cerita macam2. mana dia dpt idea gitu?