Monday, August 14, 2017

Tanak beras kenapa nak sukat air dengan jari lagi?

Korang pernah mengalami yang macam ini..?

Sewaktu masak nasik semalam Hubby tegur.

Tanak beras kenapa nak sukat air dengan jari lagi
Tanak beras kenapa nak sukat air dengan jari lagi
"Apasal nak sukat air dengan jari lagi?

" Then nak sukat air macam mana?"

"Tengoklah kat periuk tu ada nombor. Kalau beras 2, tambah air sampai 4" Hubby jawab. 😉

Ni nak tanya uols sukat air dengan jari atau tengok nombor? Yang sukat dengan jari adalah individu kategori Kinestetik. Yang tengok nombor pulak, adalah kategori Digital. Kalau hubby jenis digital ni, kalau nak pesan barang, better cakap macam ni.

"Abang balik nanti beli 3 barang. Bawang, Cili Kering, Asam Jawa"

Nanti, kalau dia ingat 2 barang jer, dia akan call kita. Kalau tak jawabnya tak jadi masak asam pedas sebab dia lupa beli asam jawa! 😛

Secara generalnya manusia dikategorikan kepada 4

  1. KATEGORI VISUAL
    Mereka yang VISUAL adalah mereka yang peka pada gambar, warna dan video. Kalau korang ada klient kategori ni, tunjuk kat dia brochure yang colourful, gambar testimoni atau video destinasi pelancongan. Lebih senang nak closing.
  2. KATEGORI AUDITORY
    Meraka yang Auditory adalah mereka yang peka pada bunyi. Mereka suka dengar cerita dan dia sendiri adalah storyteller yang bagus. Bila bercakap mereka cakap sepatah-sepatah dan sangat teratur.Klient macam ni sangat bagus untuk anda record video testimoni. Uol akan dapat testimoni kebaboom dari dia.
  3. KATEGORI KINESTETIK
    Mereka yang peka pada rasa. Mereka perlu experience. Mereka perlu buat. Contohnya kalau nak beli kereta, mereka ni akan nak test drive kereta. Kalau pasang perabut Ikea, mereka akan cuba-cuba pasang sampai jadi. Kalau nak beli online, mereka perlu tengok video untuk mereka 'feel' produk tersebut.
  4. KATEGORI DIGITAL
    Mereka yang peka pada fakta. Untuk yakinkan mereka ini kena bagi fakta bernombor. Mereka sangat kritikal. Biasanya mereka ini adalah Professor, Accountants dan Engineers. Kalau dapat klient macam ni, uols kena tahu fakta dengan details untuk yakinkan mereka.

Dengan info ini, kita boleh tahu cara yang lebih berkesan untuk meyakinkan orang sekeliling samada ahli keluarga, boss, rakan sekerja dan juga klients.

kredit : Pisah Mahmud

2 comments

nice sharing...singgah www.hakimramli.com

hehehe macam2 yek... kite masak nasik x sukat guna jari x sukat guna nombor.. main agak2 jerk.. hiks