Apa itu EMO?
Perkataan 'EMO' adalah singkatan perkataan Emosional. Orang yang bersifat emo adalah suatu sikap yang negatif seperti suka bersendirian, memaki hamun, murung, bercakap sendirian dan sebagainya.Jadi apa yang patut kita buat bila berdepan dengan rakan yang emo..
sekadar gambar hiasan |
Apabila kita dalam keadaan marah atau berada di dalam keadaan yang tidak tenteram maka ambiklah wuduk. Suruhlah rakan korang ambil wuduk kerana dengan wuduk dapat menyejukkan hati yang lara dengan syarat hati kita kena yakin dan ikhlas.
Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk"
2) Tunjukkan Kasih Sayang
Sebagai rakan, kita perlu menunjukkan kasih sayang dengan menanyakan sesuatu seperti "dah makan ke belum?" Dah solat ke belum?". Kemudian sambil korang tanya, korang pegang bahu rakan korang sebagai tanda kasih sayang. Tunjukkan betapa korang sayang pada rakan korang.
Harus diingatkan, ada orang sensitif bila dipegang pada bahunya, terpulang pada korang. Tapi menurut Doktor pakar, dengan memegang bahu rakan dapat melegakan perasaan seperti emo
Harus diingatkan, ada orang sensitif bila dipegang pada bahunya, terpulang pada korang. Tapi menurut Doktor pakar, dengan memegang bahu rakan dapat melegakan perasaan seperti emo
3) Memujinya Dengan Seadanya
Dalam keadaan rakan kita yang emo kerana kegagalan dalam peperiksaan atau mungkin putus cinta ke. Pujilah dia dengan seadanya dan katakanlah pada rakan korang bahawa setiap manusia ada kelebihan dan kekurang.
Mungkin hari ini, hari kita, mungkin esok tidak. Pujilah rakan korang dengan mengatakan kita sangat beruntung diuji dengan ujian yang ringan di dunia ini. Pandai-pandailah korang semua buat ayat memuji untuk rakan korang.

4) Berbual-Bual dan Berada di Samping
Korang jangan biarkan rakan korang berseorangan sebalik berada di sampingnya kemudian bercerita tentang perkara yang menggembirakan. Korang jangan layan sangat dengan cerita emosi dia. Alihkan perhatian dengan cerita menarik bukannya mengumpat.
Cara lain, ajak rakan korang berjalan-jalan ke satu pekan atau satu bandar takpun belanja rakan korang makan seperti belanja keropok lekor ke, nugget ke, sejuk sikit hati rakan korang yang tengah emo tu.

5) Meminta Maaf
Kalau korang ada buat salah dengan rakan korang sehingga membuatkan rakan korang beremosi maka ringankanlah lidah korang untuk meminta maaf.
Tak rugi manapun banyak manfaatnya, persahabatan mungkin menjadi lebih akrab selepas meminta maaf siapa tahu kan?.
Tak rugi manapun banyak manfaatnya, persahabatan mungkin menjadi lebih akrab selepas meminta maaf siapa tahu kan?.
6) Jumpa Kaunseling atau Pakar Motivasi
Jika rakan korang mempunyai emo yang melampau atau susah dibendung, Nasihat pada rakan korang untuk berjumpa dengan pihak kaunseling atau pakar motivasi dengan kadar yang segera. Takut-takut rakan korang perkara yang tak diingini berlaku seperti jatuh sakit, siapa tahu?.