Saturday, November 1, 2025

Dah Mati Cerita Tamat? The Resurrected Buktikan Sebaliknya

Drama Netflix terbaru iaitu The Resurrected merupakan drama terbaru 2025 bahasa Mandarin yang diarahkan oleh Hsu Chao‑jen & Leste Chen. 

Plot cerita berkenaan dengan dua ibu yang kehilangan anak, dan ada yangs sampai anak koma serta seorang penipu rantaian telekomunikasi yang dihukum mati (scammer). Ibu-ibu ini mahu bangkitkan semula penipu itu (melalui ritual resurrection) supaya mereka boleh menuntut pengakhiran sendiri. Kira buat undang-undang sendiri tanpa melalui hakim dan peguam di tempat yang tersembunyi. 

Kalau kau fikir drama revenge biasa je, tunggu dulu sebab drama The Resurrected membawa satu perjalanan gelap yang gabungkan kehilangan, kemarahan, dendam dan supernatural dengan twist yang tak dijangka. Dua wanita yang dah hancur hidupnya memilih jalan yang luar biasa bukan sekadar menuntut keadilan tapi menghidupkan kembali scammer. Kiranya di luar norma la dengan bantuan dukun.

Kau Fikir Dah Mati Cerita Tamat? The Resurrected Buktikan Sebaliknya
Dua ibu yang menuntut keadilan

Sinopsis Ringkas The Resurrected 

Di bandar fiksyen Benkha, dua ibu iaitu Shu Qi sebagai Wang Hui chun dan Lee Sinje sebagai Chao Ching menghadapi tragedi. Satu anak mati, satu lagi koma akibat penipuan dan penyiksaan oleh scammer iaitu Chang Shih-kai. Walaupun lelaki itu dihukum mati, mereka rasa keadilan tak lengkap, pampasan pun tak dapat sebab dikatakan keluarga scammer tiada duit untuk bayar pampasan.

Jadi, mereka pergi jumpa dukun untuk buat satu ritual resurrection dengan membangkitkan Chang untuk tempoh terhah bagi menuntut keadilan mereka sendiri. Sepanjang proses itu terbongkar jaringan gelap, unsur keagamaan yang dibiayai dari keluarga scammer dan nasib anak-anak yang hilang akibat scammer.


Kenapa Kena Tengok Cerita ini?

  1. Ceritanya unik bukan sekadar “hitman diburu” atau “ibu balas dendam biasa”, tapi ada unsur ritual, supernatural dan moral yang bayar harga sebenar atas kehilangan.
  2. Emosi yang sangat kuat dengan kehilangan anak, rasa bersalah, kemarahan, dan konflik antara moral vs keinginan untuk balas dendam.
  3. Visual & naratif yang mengganggu iaitu ada unsur mistik dan kegelapan yang buat kau rasa seram-seram dalam layer yang lebih dari biasa.
  4. Tema yang relevan iaitu dengan penipuan, kerentanan manusia, sistem keadilan, dan soalan besar bila mana keadilan rasmi korang rasa gagal, apakah jalan alternatif yang boleh diambil?
  5. Kejutan & twist ending dia pun dah dianalisa ramai orang sebab banyak rahsia terbongkar

Kau Fikir Dah Mati Cerita Tamat? The Resurrected Buktikan Sebaliknya
keluarga Scammer pun boleh tahan twist dia


Kelemahan Cerita ni?

  1. Tempo perlahan di pertengahan episod ada beberapa babak imbas kembali dan ritual yang draggy sampai hilang momentum seram.
  2. Plot twist agak predictable walaupun menarik, penonton boleh agak beberapa kejutan besar sebelum ia berlaku.
  3. Tak cukup penerangan tentang dunia mistik ritual kebangkitan tu dibiarkan separuh misteri dan bagus dari segi gaya, tapi buat sesetengah penonton rasa “tak cukup puas”.
  4. Mood berat tanpa pelepasan emosi kerana tiada momen ringan langsung. Dan ini menjadikan tontonan ini sesuai untuk penonton yang sabar dan suka drama berat, tapi bukan untuk semua orang.


Akhirnya, ritual yang mereka jalankan tidak membawa ketenangan sebaliknya menghancurkan sisa kewarasan yang tinggal. The Resurrected tamat dengan simbolik iaitu walaupun tubuh boleh dibangkitkan, jiwa tetap tidak akan sama.

Dua ibu itu akhirnya sedar dendam bukan ubat, dan keadilan yang dipaksa akan menuntut korban baru. Ending dia bukan jenis happy ending, tapi penuh makna dan refleksi seolah-olah mengingatkan kita:

“Kadang-kadang yang mati perlu kekal mati… bukan kerana kita benci, tapi kerana kita perlu terus hidup.”