Sunday, April 12, 2020

Perkhidmatan Food Delivery Sempena PKP

Perkhidmatan Food Delivery sekarang kita dah semakin maju kehadapan sampai makanan kita boleh sampai depan rumah dengan perkhidmatan yang disediakan tanpa perlu datang ke kedai makanan. Hebat tak hebat zaman skrang ini ini semua di hujung jari sahaja.

ok guys perkhidmatan delivery mana yang terbaik sekarang ni kat Malaysia.. Memandangkan negara kita dah mula banyak buat perkhidmatan food delivery antaranya kfc, mcd dan Domino. Perkhidmatan ini yang dulunya tak pernah buat perhidmatan delivery akhir terpaksa buat atas permintaan orang ramai.. 

Perkhidmatan Food Delivery Yang Terbaik Di Malaysia

Selain dari kfc, mcdonals domino tu semua, ada lagi perkhidmatan lain yang buat food delivery iaitu:

1. FoodPanda
Brand ni memang pada mula tak dikenali orang ramai namun tahun demi tahun brand ni mulai dikenali orang ramai dengan warna temanya pink dengan moskod panda. Walaupun brand ini pernah mendapat kecaman orang ramai berikutan isu masalah dalaman antara foodpanda dengan rider, ini tak menjadikan halangan buat fp dan brand ini sagat rajin memberikan voucher khas buat pengguna lagi-lagi sempena PKP ini.. 

App ini sangat simple pilih kedai yang korang suka kemudian korang boleh bayar sama ada melalui bank online ataupun cash.  Sekarang musim PKP digalakkan buat pembayaran melalui bank online. Sambil tu boleh tengok review customer.   

Order je rider fp akan hantar sampai depan umah.. 

2. Grab
Brand ini juga pada mulanya hanya buat perkhidmatan penghantaran orang dari satu tempat ke tempat yang lain. Sampaikan grab bolos semua ambil alih uber di asia tenggara. kira mcam teksi la.. obviously semua orang dah tahu. haha. dan melihat landskap delivery semakin berubah dan berkembang makanya grab mengambil peluang dengan menambah perkhidmatan lain iaitu food macam fp. 

Melihat featurenya pada app agak nampak kurang kemas namun apabila melakukan pembelian pada brand ini agak smooth cepat. Bestnya juga banyak kedai makanan yang mungkin tak ada pada fp tapi ada pada grab. 

Dan yang tak bestnya kena topup duit atau link-an kad bank dalam app ini baru boleh buat pesanan makanan. Kemudian kalau korang duduk rumah kondominium, pangsapuri, flat or villa ke dorang akan suruh korang turun bawah ambil makanan korang. Means, dorang tak hantar makann sampai depan pintu. itu yang lecehnya nak kena turun bawah lagi ambil makana.. orang order kalau boleh nak sampai depan umah. 

3. BungkusIt
Nama ini mungkin agak baru bagi korang yang first time dengar.. antara perkhidmatan yang semakin mendapat perhatian rider dan juga pengguna.. kalau dulu mungkin hanya perkhidmatan hantar parcel/atau apa juga barang sahaja namun sekarang bungkusit dah mula berkembang dengan menambah lagi perkhidmatan penghantaran makanan.. Dan yang menariknya juga banyak kedai yang open kat brand ni.. jadinya customer ada banyak pilihan nak order makanan..

Perkhidmatan Food Delivery Yang Popular Di Malaysia
sekadar gambar hiasan.
kalau fp sendiri, kalau ak perhatikan tak semua kedai makanan dia cover. Macam aku sendiri duduk Bangi area seksyen 5.. so pilihan yang ada ialah kedai kat area berdekatan dengan seksyen 5 je la mcm seksyen 7, seksyen 3 dan area ukm je. kalau bungkusit tak.. dia cover seluruh bangi dari seksyen 1 sampai la seksyen berapa 16 ke 17.. Lupa plak bangi ada berapa sekseyn . haha. Kiranya dia cover keseluruhan bangi. adalah caj deliverynya kalau korang sanggup bayarkan.

Perkhidmatan Food Delivery Sempena PKP
tarikan dari bungkusit


4. Lalamove
Brand ini first time aku dengar dan aku pernah guna pernah perkhidmatan ini untuk hantar parcel. so far ok.. takde masalah.. paling menariknya kalau korang nak pindah rumah ke korang boleh try servis lalamove. Satu kelainan yang dibuat oleh brand ini..

Perkhidmatan Food Delivery Sempena PKP
sumber gambar dari lalamove
Brand ini juga ada buat penghantarn makanan tapi aku tak pernah try lagi macam mana.. sebab takde pilihan kedai yang dibuat oleh lalamove.. mugkin baru peringkat permulaan. nanti akan ada penambahan pada masa akan datang,.