Wednesday, April 1, 2020

Artis Tak Dapat Bantuan Kerajaan Menjadi Isu Hangat Dari Covid-19?

Menjadi satu isu yang hangat apabila beberapa artis cuba memohon kepada kerajaan agar dipertimbangkan bantuan khas untuk artis namun mendapat reaksi negatif dari nitizen. Ini kerana nitizen merasakan beberapa artis sudah cukup kaya berbanding dengan mereka yang kurang berkemampuang ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Artis Tak Dapat Bantuan Kerajaan

Isu ini juga mendapat perhatian buat Dr Say Shazril.

Tergerak hati nak buat topik ni sebab ade yg mesej sy bertanya macam mana pandemic ni mempengaruhi pendapatan sy sebab katanya sy tergolong dalam geng2 retis. Bila PM umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PREP) 27 Mac lepas, satu je yg sy dapat nikmati yakni diskaun bil elektrik & owh satu lagi free internet. Memandangkan sy doktor bukan di bahagian hadapan maka sy tidak layak untuk menerima elaun khas RM600/sebulan to medical staff.

Tambahan topik ni dikeluarkan sebab ada beberapa artis yg menyuarakan kesedihan mereka tak dapat bantuan kerajaan. Tak dinafikan being in entertainment industry pendapatan kami bergantung mostly daripada show/ performance/ lakonan. Apabila PKP berkuatkuasa segala2nya tertangguh/ dibatalkan maksudnya no job = no income. Persoalannya sekarang patutkah diwujudkan “bantuan khas” kepada artis2 tanah air kita ni?

Pada pendapat sy, SEMESTINYA TIDAK PERLU. Atas satu sebab je yakni ARTIS ATAU TIDAK, KITA SEMUA RAKYAT BIASA. Walaupun seseorang itu berstatus “artis” tapi sekiranya pendapatannya tergolong dalam kumpulan B40/ M40 dia tetap akan dapat menikmati PREP yg diumumkan kerajaan. Jadi atas sebab ni tak perlu nak wujudkan bantuan khas sebab bagi sy Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin TERSANGAT ADIL & SAKSAMA kepada seluruh rakyat jelata.

Bagi sy pada saat genting ini lah kita perlu ketepikan segala “status” & utamakan mereka yg memerlukan.

Kalau baru sekarang kita nak merasa kehidupan kais pagi makan pagi, bayangkan nasib golongan yg sebelum ini sudah kais pagi makan pagi? Pastinya kehidupan mereka ibarat HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU. Cukuplah berdebat isu ni instead apa kata kita berganding bahu bantu mereka yg memerlukan melalui pelbagai tabung/ funds yg ditubuhkan di luar sana untuk kebaikan kita bersama.

Artis Tak Dapat Bantuan Kerajaan Menjadi Isu Hangat Dari Covid-19?
Golongan M40 yang akan mendapat bantuan kerajaan


Kesimpulan Artis lebih Hangat dari Covid-19?

Macam Perdana Menteri kita katalah beliau akan pastikan tidak ada mana-mana bantuan yang akan ketinggalan. Bantuan ini menyeluruh khas buat rakyat kurang berkemampuan atau terjejas dengan isu covid-19 ini. 



Rakyat tu tak kisahlah ko kerja Supervisor ke, Manager ke, pelakon ke, penyanyi ke, Fashion designer ke, chef ke dan sebagainya selagi mana korang terjejas dari segi pendapatan dan berada dalam kategori kelayakan bantuan kerajaan (B40/M40) tu boleh lah terus mohon online untuk mendapatkan bantuan itu nanti.  

Artis Tak Dapat Bantuan Kerajaan Menjadi Isu Hangat Dari Covid-19?
Golongan B40 yang mendapat bantuan kerajaan.