Dr tengok rekod. Dr ingat dia ni. Bulan lepas pun dia ada datang, dengan alasan yang sama.
Kali ni, alasannya sama. Letih.
Dan sama macam bulan lepas, Dr tanya kerja apa dia buat, dia jawab dia buat 2 kerja. Bulan lepas ada ingat, Dr ada nasihatkan dia janganlah pulun sangat buat dua kerja, memang la badan letih. Ada pesakit yang siang kerja opis, malam nya meniaga burger.
Cuma hari ini mood Dr rajin sikit nak mengorek rahsia...
gambar sekadar hiasan |
Dr: Awak buat dua kerja tu berapa lama tempohnya?
Dia: Pagi sampai malam doktor.
Dr: Awak kerja apa?
Dia: Siang saya kerja penguatkuasa, malam saya kerja pengawal keselamatan.
Dr: So masuk kerja pengawal tu pukul berapa?
Dia: 7 petang sampai 7 pagi.
Dr: Haaa? So awak bukan kerja pagi sampai malam...awak kerja 24 jam sehari.
Dia: ( senyum ).
Dr: Apasal kerja teruk sangat?
Dia: Nak kahwin doktor.
Dr: Tak penat ke 24 jam kerja, pagi pagi nak masuk kerja lagi.
Dia: Saya OK je..cuma bila ada kawad macam hari ni, saya tak larat. Kawad tu memang lenguh kaki.
Dr: Dah berapa lama buat 2 kerja ni?
Dia: Dah 3 bulan doktor.
Dr: Berapa lama lagi kena buat dua kerja?
Dia: Lagi 6 bulan.
Itulah pengorbanan lelaki bila nak kahwin, yang mana kadangkala pasangan dia tak sedar / tak ambil tahu.
Itulah ujian hidup, ada yang kerja 8 jam sehari dapat imbuhan makan 6 bulan tak habis, manakala ada yang kena kerja berbelas belas jam, dan imbuhannya cukup2 utk sara keluarga sahaja.