Monday, October 28, 2019

Jom Makan BBQ Lamb KL Kemensah

Tempat ni bukan calang-calang tempat sebab agak tersembunyi tempatnya dan berada di belakang zoo negara pula tu. Jalan ke sana pula agak sempit tetapi berbaloi.

Sebab apa berbaloi?

Berbaloi sebab kelainannnya yang mencipta satu fenomena yang tak pernah dibuat oleh kedai makan lain iaitu korang makan kat sungai.. ye~ makan kat sungai sambil kaki korang kena rendam dengan sungai.. gila tak best kan.. sejuk je kaki, nak2x pula makanan sedap pula tu dengan berbbq lagi.. memang ada kelainannya..

Jom Makan BBQ Lamb KL Kemensah
air sungai yang jernih

Menu Makanan BBQ Lamb KL Kemensah 

Makanan kat sini memang sangat terhad dan tak ada banyak menu.. Kalau tak silap ada 4 pilihan sahaja.. iaitu jenis combo. kira macam combo untuk makan berdua.. combo kedua pula mungkin untuk makan berempat dan begitulah seterusnya sehingga combo keempat..

Macam aku sendiri memang makan berdua. Jadi pililah set menu combo makanan berdua.. Harga set combo makan berdua dalam lingkungan RM90 free air ice lemon tea masa tu lah. Kalau hari lain tak taulah air apa.

Ada apa set menu combo berdua tu?

Set Menu combo berdua tu ada bbq ayam, daging, kambing dengan itik. pastu ada sayur salad, coleslaw, soup, pencuci mulut, bermacam-macam jenis sos dan disertakan sekali dengan nasi ala beriyani.. ayam cicah campur2x sos tu sangat sedap.. 

Jom Makan BBQ Lamb KL Kemensah
ada buah dan coleslaw
Ada 4 jenis bbq tu ayam, daging, kambing dengan itik serius bagi aku sendiri pada mulanya macam tak kenyang sbb macam sikit sangat lauknya tapi bila dah makan tu memang kenyang wei.. kembung perut... 

Jom Makan BBQ Lamb KL Kemensah
set combo makan berdua


Bagi aku sendiri memang berbaloilah makan kat sini sambil tu korang dapat rendam kaki lagi di sungai yang jernih then dapat lagi melihat persekitaran alam semula jadi.. 

Masa nak sampai meja makan atas sungai tu memang payah nak setting kerusi bagi sedap duduk.. sebab air sungai kan deras jadi memang agak susah nak setting kerusi.. sampai selipar tercabut nasib sempat ambil kalau tak memang balik separuh kaki ayamla jawabnya.

Jom Makan BBQ Lamb KL Kemensah
penuh ramai datang makan kat sini..

Kalau korang nak datang makan kat sini di nasihatkan supaya datang seawal yang mungkin. Pukul 12tghari kedai ni buka, ko datang time tu juga sebab kalau lambat setengah jam ke apa memang lambat la korang nak tuggu turn makan kat sungai tu.. 

Macam aku datang nasib baik kira awal juga la ada satu meja kosong.. lepas tu ramai menunggu turn nak makan plak..bermacam-macama kaum ada,, cina, india semua datang.

Kalau time hujan memang tak bukalah situ sebab bahaya air sungai nanti bertambah deras dengan berkemungkinan berlaku kepala air datang mana tau kan..  

Cuma dari segi kebersihan tu macam kureng sebab mungkin sebab kawasan hutan.. 

Alamat BBQ Lamb KL Kemensah :

Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor. Berada di belakang Zoo negara jalan terus je nanti nampaklah banner yang berapa nampak sangat BBQ Lamb kl tu.. Kalau banyak kereta tu maknanya ada kedai makan la tu kat situ..