Wednesday, June 20, 2018

Review Movie Animasi Incredibles 2 Yang Sangat Best!

Siapa sangka Incredible ada musim yang kedua satu penantian yang tidak disangka oleh peminat sejak bermulanya movie ini pada tahun 2004. Movie Incredibles 2 sedikit sebanyak dapat mengubat rindu peminat pada keluarga superhero ini yang penuh dengan telatah mencuit hati..

Review Movie Animasi Incredibles 2 Yang Sangat Best!
Keluarga Mr Incredibles 2 Yang Sangat Best!


Sinopsis Movie Incredibles 2

Mengisahkan keluarga yang dilanda masalah di mana superhero telah diharamkan oleh seluruh dunia melalui undang-undang yang telah ditetapkan. Sejak dari itu suami isteri ini cuba memikirkan masa depan dengan mencari kerja untuk menyara keluarga.

Review Movie Animasi Incredibles 2 Yang Sangat Best!
Wallpaper Mr Incredible

Pada suatu malam, Frozone sebagai orang tengah menjemput suami isteri ini iaitu elastic girl dan mr incredible ke satu bangunan untuk mengembalikan dunia superhero yang telah diharamkan.. 

Namun, tawaran tersebut hanya pada isteri Mr Incredible sahaja sebagai Elasticgirl yang tidak mempunyai prestasi yang buruk. Tawarannya ialah dengan memperbaiki imej superhero dengan menyelamatkan mangsa dengan kamera yang telah dilekatkan pada sut istimewa pada Elasticgirl. Ini menjadi bukti kepada undang-undang bahawa superhero tidak membawa kerosakkan malah cuba menyelamatkan keadaan dari kejahatan melampau yang selama ini tidak nampak pada mata dunia. 

Nak tak nak Mr. Incredible redha dan terpaksa menjaga anak-anaknya.. 

Review Movie Animasi Incredibles 2 Yang Sangat Best!
Mr Incredible tertido bersama anak bongsunya
Tapi adakah Elasticgirl boleh mengharungi cabaran tanpa bantuan suaminya?

Best ke tak Incredibles 2?

Orang akan expect tinggi pada movie ini di-mana mesti lebih bagus dari movie sebelum ini. Dan ternyata movie kedua ini memberi satu kepuasan kepada korang sendiri dengan kepadatan aksi keluarga menentang hero.

Memang sangat dihiburkan dengan gelagat bersahaja dari keluarga Mr Incredible sendiri. Dan tak ada pun babak yang membuatkan korang rasa membosankan. Sangat melucukan dari Mr Incredible sendiri sehinggala dengan perangai anak bongsunya yang ada 17 power..

Bagi 8/10 Bintang untuk movie  Incredibles 2