Friday, June 29, 2018

Kisah Ngeri Si Tudung Merah Dengan Serigala

Masih ingatkah anda dengan cerita si tudung merah dan si serigala?

Pada versi filem disney anak-anak, di akhir cerita si tudung merah dan neneknya diselamatkan oleh seorang pemburu dari serigala yang jahat. Padahal kisah asalnya mengatakan si serigala adalah manusia serigala. Kisah klasik ini sebenarnya diangkat dari kisah sebenar tentang serangan seekor serigala pada seorang anak perempuan bertudung merah.

Kisah Ngeri Si Tudung Merah Dengan Serigala
gambar semata-mata
Kejadian ini terjadi pada abad ke-18 di daerah Eropah. Waktu itu dikisahkan seorang anak disuruh orang tuanya menziarah nenek mereka yang sakit dan tinggal di hutan. Pada mulanya, anak itu disuruh pergi waktu subuh. Namun entah mengapa, Sang anak memutuskan pergi tengah malam. Akibatnya, dia dikejar oleh manusia serigala.

Namun Si anak berjaya lari dari manusia serigala dan berjaya tiba di rumah neneknya dengan selamat. Namun sesuatu tidak diduga olehnya, ada manusia serigala yang lain dan telah memakan Sang nenek serta bersembunyi di dalam rumah. Ketika Si anak itu tiba di rumah, Sang serigala menyamar menjadi Sang nenek, menyuruh Si anak menanggalkan semua bajunya , kemudian memperkosanya sebelum memakannya.

Kisah asli Little Red Riding Hood nyaris difilemkan dalam film Hoodwinkled. Namun filem itu dikhususkan untuk anak-anak, akhirnya versinya diubah dengan mengikut jalan cerita sesuai dengan cerita yang kita ketahui ketika ini. Jika tidak.... Mungkin kita akan termuntah semasa menontonnya!