Wednesday, May 9, 2018

Tamat Sesi Mengundi PRU 14 Hanya Menunggu Keputusan Rasmi

Sekian 5 tahun menunggu kini tibalah masa rakyat mengundi bagi mengalas tanggungjawab demi masa depan... Keadaan PRU 14 kali ini agak berbeza kerana timbul kekecohan yang tidak diingini juga berlaku kematian yang tidak disangka..

Dikatakan 2 orang pengundi manakala seorang kakitangan SPR telah meninggal dunia. Salah takziah juga diucapkan kepada keluarga mereka..

Kemudian berlaku kekecohan boleh dikatakan lebih dari 3 laporan mengatakan mereka tidak dapat mengundi atas sebab ada orang dah undi untuk mereka terlebih dahulu. Dan tangan mereka masih belum ada ink tanda sudah mengundi..

Tamatlah Sudah Sesi Mengundi PRU 14 Hanya Menunggu Keputusan Rasmi
PRU14
wow.!!!

Macam mana boleh jadi macam tu AB pun tak tahu.. sama ada SPR cuai ke apa memang AB sendiri pun pelik...

juga..

Kekecohan yang dicetuskan oleh azwan ali parti bebas Bukit Antarabangsa yang berang dengan sikap kakitangan SPR yang ambil mudah tentang tag kotak yang tertukar antara dun dan parlimen. Apabila ditegur baru kakitangan SPR mula perasa yang mana dorang ni silap letak tag kotak dun dan parlimen

Kesimpulan Tentang PRU14

Apa-apa pun keputusan yang dapat walaupun pahit untuk diterima kita kena redha dan akui dengan mereka yang telah mengundi untuk parti masing-masing..