Sunday, May 13, 2018

Senarai Hero Mobile Legends Paling Best Pakai

Serius AB pun dah terjebak dengan permain mobile Legends ni. Ini semua gara-gara pengaruh dari rakan punya pasal. Dok tengok hari-hari main mobile legend terus terperangkap main game ini sekali..

Mula2x masuk mobile legends ni memang NOOB gila sampai tak tahu nak buat apa kat game semua ini. Hero tank, support, mage, Marksman, emblem dan banyak lagi ar tak tahu..

Tapi disebabkan member expert memang dia ajarkan dari A sampailah Z.. sekarang baru level GrandMaster.. kira baru pertengahan tu.. ada banyak level lagi yang nak kena kejar..

Hero Mobile Legends Paling Best Pakai

1. Layla

Yang ini tak silap semua orang dapat Hero ini.. Layla sebagai penembak. Boleh dikatakan hero ini sangat hebat mampu menumpaskan pihak lawan dengan mudah. Senjata paling tinggi boleh menembak menjangkau dengan jauhnya kepada pihak musuh.. Semuanya bergantung bagaimana pemain menggunakan Layla ini dengan spell yang bagus. 

Layla
Selain itu, Lasley pun tak kurang hebatnya juga dengan tembakan yang jauh terhadap musuh. 

2.  Zilong

Zilong merupakan hero Fighter/Assassin dengan serangan yang sangat besar. Damage dan attack speed-nya mampu membunuh musuh dengan mudah. Kemudian di tambah lafi dengan skill tingginya yang boleh membuatnya dirinya berlari dengan pantas dengan skill satu dan 2 musuh yang mengunnakan hero marksman atau mage pun boleh lari ketakutan..Bagi mereka yang bernasib baik bolehlah lepas dari cengkaman zilong.

Zilong
Selain itu, Zilong mampu memusnahkan turret dengan pantas  Jika musuh berusaha melindungi Turret-nya, Zilong pun boleh lari dengan skill Tinggi lalu melancarkan split push di lane lain yang tidak mampu dijaga oleh musuh.

3. Allucard

Harga Alucard memang lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan hero-hero di atas..Alucard jauh lebih kuat dan selalu menjadi penentu kemenangan dalam pertarungan.

Alucard
Alucard boleh dikatakan antara kegemaran Pemain kerana skill damage-nya yang besar juga skill yang mampu meningkatkan nyawa. Jadi jangan hairan kalau alucard ni susah sangat nak tewas. 

4. Eudora

Hero Ahli sihir dengan kuasa petir mampu membuatkan musuh terhenti dengan seketika akibat serangan petir yang dilakukan.. Eudorang juga boleh dikatakn antara hero yang sangat berguna bagi hero tank/assasin bagi memusnahkan musuh dengan mudah dengan kejutan elektriknya terhadap musuh. Itupun sekiranya ada kerjasama dengan kumpulan. 

Hero Mobile Legends Paling Best Pakai
Eudora
Ahli sihir yang lain tak kurang hebatnya juga adalah Alice penyerap nyawa musuh, Harley yang mudah meloloskan diri dari musuh. 

5. Balmond

Hero Tank kuat dan gagah Nyawa yang banyak dan damage yang besar kepada musuh cuma tank ni lambat tu je.. Tank ini perlu berada di hadapan berbanding hero yang lain kerana tank nyawa banyak dan menjadi back up yang terbaik untuk hero yang lain. Senang hero lain nak musnahkan musuh dengan mudah.. tank biasanya antara yang banyak mati..

Hero Mobile Legends Paling Best Pakai
Balmond
Balmond antara yang paling ramai orang guna sebab ada kuasa pusing dan hentakan yang tinggi terhadap musuh.