Friday, May 18, 2018

Senarai Barisan Kabinet Baru Malaysia 2018

Akhirnya setelah sekian lama menunggu kini rakyat sudah menarik lafas lega dengan mengetahui kabinet baru yang baru dimaklumkan oleh Tun Dr Mahathir..

Apa yang menjadi tumpuan adalah Azmin Ali dipilih menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi sedangkan beliau sekarang menjawat jawatan Menteri Besar Selangor..Namun, beliau sekarang kini mendapatkan penjelasan dari Tun Dr Mahathir..

Senarai Barisan Kabinet Baru Malaysia 2018

Manakala Tun Dr Mahathir pula tidak memegang lagi jawatan menteri pendidikan yang mana beliau mengumumkan sendiri beliau akan menjadi menteri pendidikan.

Barisan Kabinet Baru Malaysia 2018

Dr Mahathir berkata, senarai Kabinet sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan dan upacara mengangkat sumpah dijadualkan di Istana Negara pada 11.30 pagi, Isnin ini.

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.
  • Salahuddin Ayub dilantik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
  • Zuraida Kamaruddin dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  • M Kulasegaran dilantik Menteri Tenaga Manusia.
  • Gobind Singh Deo dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia.
  • Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
  • Rina Harun dilantik Menteri Pembangunan Luar Bandar.
  • Dr Maszlee Malik dilantik sebagai Menteri Pendidikan.
  • Anthony Loke Siew Fook dilantik Menteri Pengangkutan.
  • Dr Dzulkefly Ahmad dilantik Menteri Kesihatan
Semoga barisan yang dipilih ini mampu memberi kemajuam dan kemakmuran kepada negara Malaysia.