Sunday, April 29, 2018

Burger Nasi Lemak Ayam McDonalds Sedap Sangat Ke?

Ada yang dah rasa menu baru Mcdonalds ke? Terliur pula dengan iklan terbaru Mcdonalds yang mempromosikan menu Nasi Lemak Burger.. Ini semua pengaruh dari Singapura la ni sampai Malaysia pun turut ikut sekali buat menu ni nasi lemak burger..

TAPI MANA NASI?

Mungkin nak buat satu kelainan nasi lemak tanpa nasi..

Inilah rupanya nasi lemak burger mcdonalds..

Dalamnya ada timun, telur, ikan bilis, sambal dan ayam..

Bungkusan Burger Nasi Lemak Ayam Mcdonalds

Rupa Burger Nasi Lemak Ayam McDonalds

Rupa Dalam Burger Nasi Lemak Ayam McDonalds

Ada Rasa macam Nasi Lemak ke?

Bagi pendapat AB sendiri yang dah rasa burger ni beberapa hari yang lepas dengan member.. rasa nasi lemak tu memang ada sebabnya sambal dia tu yang mengingatkan kita dengan nasi lemak dengan sambal..

Rasanya ok tak?

Member AB kata makan benda ni jadi muak sebab ada telor kat burger ni dan mungkin sekali je dia makan.. Tapi bagi AB pula rasa burger ni memang ok dan sedapp!. Kalau ada peluang nak makan, memang nak makan lagi..

Kalau tak ada telor.. Rasa mungkin sama macam burger kfc punya..