Sunday, February 4, 2018

Inilah Tanda Lelaki akan Nampak Murah

Berikut adalah perkongsian dari Azizul Azli Ahmad berkenaan dengan topik lelaki yang menjadi murah atas sebab tertentu dan menekankan untuk menjadi lelaki yang mahal..

Tanda Lelaki akan Nampak Murah

Senarai Tanda Lelaki akan Nampak Murah

apa yang dimaksudkan lelaki yang nampak murah?

1. Sebuk nak tukar kereta setiap kali model baru keluar. Mereka teruja nak ingin merasa katanya.

2. Sistem audio dengan lampu led yang luar biasa. Bunyi satu flat boleh dengar suara.

3. Bunyi dan size exzos yang buat bingitnya telinga. Rasa macam nak sumpah masuk neraka.

4. Stiker penuh kereta dari bahasa cina, jepun sampai tak faham bahasa penuh cermin kereta mereka.

5. Skirting kereta dan sampai jalan raya, jalan sikit habis najis lembu diceduknya.

6. Sport rim kereta ada macam macam size dan warna. Setiap kali masuk tahun baru mesti beza warna.

7. Spoiler kereta dah sama ampaian baju dirumah, bila musim hujan boleh letakkan kasuk sekolah anak atasnya.

8. Lebih parah yang tukar logo kereta, beli proton saga tapi letak logo honda.

Boleh kata gilakan kereta semata-mata tanpa mementingkan isteri dan keluarga,

Sebagai lelaki, elakkan semua ini. Isteri hilang hormat nanti. Lelaki waras lain senyum sampai ke gigi lihat sikap kita ini. Mereka bukan memuji, tetapi mereka sedang geli hati.

Jadi lelaki santun dihormati, biar kereta kecil tetapi ada rumah sana sini.