Tuesday, January 16, 2018

Ingat untung berniaga rupanya rugi berniaga kat lazada

Tadi ada perkongsian berkenaan penjualan melalui Lazada oleh Ridhwan Musa

Ingat untung berniaga tapi rupanya rugi.. RM537 upah langgar dingding di LAZADA. Bagi yang Newbie menjual di LAZADA tu berhati-hati lah yer. Sistem seller yang paling teruk setakat yang aku pernah guna jika dibandingkan dengan Lelong, 11Street dan Shopee.

Tadi call nak tanya problem yang tiga minggu lepas, masih lagi tak settle, call pukul 5.30PM adalah dekat 19 orang menunggu di talian (talian seller shj) jawab dekat pukul 6.45PM. Memang mencabar otak nak menunggu, dan akhirnya dijawab oleh orang LAZADA. Macam aku kata dekat saing aku, dengar suara careline tu pun dah kira satu kemenangan besar.

Ingat untung berniaga rupanya rugi berniaga kat lazada


Jadi aku buka sikit cerita macam mana aku boleh rugi sampai RM537 nie? Jadi dengan sedikit ilmu yang di Google aku pun register jadi seller LAZADA. Alhamdullilah selepas 40 hari menunggu, akaun seller diluluskan juga akhirnya. Buka account LAZADA macam buka account company dekat MAYBANK. Tapi LAZADA lagi susahlah rasa “prestige“ giler ada account *&**(&(*# nie.

Bermulalah aku menjadi seller di LAZADA! cewah.. Alhamdullilah dapat SALE pertama di LAZADA. Happy giler tengok ada sale. Dia tulis note kat situ, anda mempunyai masa 3 hari untuk menghantar barangan (lambat dari tempoh masa ditetapkan korang akan didenda lagi tambahan dari Lazada). Semangat pergi bungkus dan hantar dekat Poslaju. Lepas tu aku nak masuk nombor tracking dia tulis Seller Skynet-DS? menatang apa pulak nie? Abaikan jerlah yang penting barang dah hantar, client pun takda komen, sebab barang sampai.
.
Lalu berlaku lah jual beli. Suka sangat, sebab ada SALE kaya-kaya..Hantar dan hantar guna Poslaju macam kebiasaan. Rupanya hari ni baru perasan barang yang di hantar selama nie duk dalam status "Cancelled" aka Burn, sebab rupanya kena bagi tahu Lazada secara manual barang yang dihantar tidak menggunakan LAZADA Skynet-DS (Seller Account Lazada, sebab dia nak baham pitis lagi dengan seller selain % jualan)
.
SOP kena ikut, guna manual Call (Biasanya nak bercakap tu kena tunggu sehingga 40 minit minimum) ataupun Email ataupun guna sistem yang dibuat secara manual semuanya Manual.. Manual dan Manual.. GILER %^&^*%#^. Kes terbaru, barang berada dalam keadaan Ready to Ship padahal masa nie dah guna seller Skynet, dekat 40 hari masih tak settle2 lagi, bila CALL ulang ayat yang sama, benda nie kena check secara manual satu persatu, sistem kami mengalami masalah macam-macam alasan dah macam syarikat apa ntah. Jadi apa effect dia? Effect dia selagi barang tak bertukar status "Completed"selagi tu duit anda, pending dan jualan tidak akan di lunaskan ke dalam account bank anda!! Gilaa ke Giler?
.
Tapi tulah hebatnya "MARKETING", walaupun sistem macam %^$#^&%&^ tapi disebabkan kos dan teknik marketing yang menyeluruh dan kaya, benda yang $^%^&%^& pun nampak sangat bagus mungkin paling bagus.
.
Untuk yang baru nak berniaga aku cadangkan korang guna Shopee, sebab 5 minit register dah boleh berniaga, memang best GILER dan sangat mudah digunakan, yang paling penting ianya PERCUMA!! Tiada caj jualan, Postage (Poslaju) dibelanja Shopee, Tak perlukan SSM tak perlukan Kad Pengenalan. Tiada alasan, semua orang boleh berniaga di Shopee.

Kesimpulan nak jual barang kat lazada

yes aku juga jual kat lazada tapi apa yang aku baca macam dia ni tak baca lazada punya term n condition.. Rasanya lazada ada buat satu tutorial khas untuk berniaga kat lazada. Memang agak leceh buat pemulaan.. memang sangat leceh sampai rasa nak give up pun ada nak jual kat lazada. tapi lama-lama bila kau buat nanti akan jadi biasa..

Penghantaran melalui skynet sahaja.. kalau nak tukar penghantaran macam gdex kena ikut procedure nak tukar.. pun agak leceh... kena ikut dorang punya procedure. lama2x ok je..  tapi malas nak tukar better stick kat skynet kalau lambat sampai kat customer, lazada yang dapat nama. tapi takut rating rendah pula.. haha

Kalau nak join lazada as seller kena join kelas yang dianjurkan oleh lazada tapi tak tau la sekarang ada buat ke tak.. Kalau tak ada boleh baca manual satu persatu yang disediakan oleh lazada kalau nak jual kat lazada. 

Apa yang penting BACA..