Saturday, January 13, 2018

Acer telah mengeluarkan laptop ternipis di dunia

Kini jenama terkenal dengan dunia komputer dan laptop \iaitu Acer telah mengeluarkan laptop ternipis di dunia

Acer memperkenalkan laptop ternipis di dunia model Swift 7 (SF714-51T) iaitu 8.98mm lengkap pemprosesan Intel Core i7.

Acer dengan laptop ternipis di dunia 
Swift 7 mempunyai keupayaan sambungan 4G LTE pantas hasil kerjasama dengan Intel XMM 4G LTE sesuai kepada pengguna yang sibuk dengan bekerja di luar, bermakna ia mempunyai slot kad SIM jenis nano.

Berdasarkan Windows 10 dan bateri bertahan sehingga 10 jam, Swift 7 mempunyai storan PCIe SSD 256GB dan datang bersama memori 8GB LPDDR3 bagi kelancaran penggunaan PC yang sebenar.

Selain itu, model Chromebook 11 harga patut juga diperkenalkan dengan jangka hayat menjangkau 10 jam.

Laptop dengan skrin 11.6 inci ini berfungsi mengecas telefon dengan dua port USB-C 3.1 dan akses kepada pelbagai aplikasi berasaskan Android.

Ia menggunakan pemprosesan Intel Celeron dengan memori 4GB selain pilihan storan 16GB atau 32GB jenis eMMC.

Turut mencuri tumpuan, laptop game iaitu Acer Nitro 5 yang memanfaatkan grafik AMD Radeon RX560 terbaru dengan pilihan SSD menjangkau 512GB.

Laptop bersaiz 15 inci ini mempunyai pelbagai ciri pemain perlukan ketika beraksi termasuk teknologi tanpa wayar 802.11ac dwi strim pantas dan port seperti USB-C, HDMI 2.0 dan Gigabit Ethernet.

Spesifikasi Laptop Acer yang ternipis di dunia

Acer memperkenalkan laptop ternipis di dunia
Acer memperkenalkan laptop ternipis di dunia 
ACER SWIFT 7

  • Harga: Anggaran RM6,779
  • Kenipisan: 8.98mm
  • Pemprosesan: Intel Core i7, gen-7
  • Jangka hayat bateri: 10 jam
  • Storan: 256GB PCIe SSD
  • Memori: 8GB LPDDR3
  • Skrin: 14 inci HD penuh IPS
  • OS: Windows 10

ACER CHROMEBOOK 11

  • Harga: Anggaran bermula RM993
  • Jangka hayat bateri: 10 jam
  • Pemprosesan: Intel Celeron
  • OS: ChromeOS
  • Memori: 4GB
  • Storan: 16GB/32GB eMMC
  • Port: 2 x USB-C, 2 x USB 3.0, bluetooth
  • Berat: 1.1kg

ACER NITRO 5

  • Harga: Anggaran bermula RM4,385
  • Grafik: AMD Radeon RX560
  • Storan: Sehingga 512GB SSD
  • RAM: Sehingga 32GB DDR
  • Skrin: 15.6 inci HD penuh IPS
  • Audio: Dolby Audio Premium
  • Sambungan: USB-C, HDMI 2.0, Gibabit Ethernet