Sunday, November 5, 2017

Tahniah JDT juara Piala Malaysia 2017

Johor Darul Ta'zim (JDT) menamatkan kemarau 25 tahun slps menjulang Piala Malaysia 2017 dengan menundukkan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung  di Stadium Shah Slam, sebentar tadi.

Tahniah JDT juara Piala Malaysia 2017


Pasukan Harimau Selatan bermula garang selepas memperoleh gol pertama seawal minit ke-2 hasil tandukan pemain pertahanan Mohamad Aidil Zafuan Razak.
Apabila babak kedua bermula, JDT menggandakan asakan dan gawang Lang Merah dirobek sekali lagi pada minit ke-62 menerusi jaringan Gonzalo Cabrera.

Kemenangan itu menyaksikan JDT melengkapkan koleksi kejuaraan dalam tempoh empat tahun. Sebelum ini JDT telahpun memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih.

Sebaik wisel penamat ditiupkan, keputusan penuh JDT 2, Kedah 0.

Tahniah JDT juara Piala Malaysia 2017
Sumber gambar dari Astroawani
Tahniiah kepada JDT dan semoga terus maju pada masa akan datang serta menaikkan nama negeri serta nama Malaysia di peringkat asia mahupun Antarabangsa.