Kisah histeria di pawagam Kuala Terengganu itu bukan seperti yang ditularkan sejak malam tadi.
Hakikatnya, wanita itu hanya mengalami kekejangan otot kerana suhu penghawa dingin yang terlalu sejuk di dalam pawagam.
"Saya tahu situasi sebenar yang berlaku sebab saya duduk di barisan hadapan dia. Kaki dia cramp sebab sejuk air condition, bukan kena rasuk," tulis seorang saksi, Sis Biela di Facebooknya.
Sinopsis Annabelle Creation
Filem Annabelle Creation mengisahkan pasangan suami isteri yang telah kehilangan seorang anak perempuan, Bee, yang maut akibat kemalangan.
Oleh kerana terlalu obses dengan anak tunggal mereka, perjanjian dengan syaitan telah dibuat untuk membolehkan pasangan itu melihat kehadiran anaknya di rumah.