Sunday, August 6, 2017

Doktor Ini Berhenti Kerja Atas Sebab Yang Mengejutkan

Jarang kita dengar Doktor berhenti kerja tetapi disebabkan zaman sekarang sudah berubah dan ramai yang sudah beralih arah kepada benda yang lain paling disukai..

Kenapa Doktor ini berhenti kerja... 

jawapannya ada dibawa

Doktor Berhenti Kerja Atas Sebab Yang Mengejutkan
Sumber gambar dari SINI

1. Dah 3 tahun ramai masih bertanya kenapa aku berhenti jadi doktor perubatan. Kebanyakan mengharapkan jawapan "jadi doktor ni stress kan?"... tapi aku hanya menjawab "rezeki di tempat lain".

2. Hakikatnya aku suka bekerja dengan terma & syarat yg aku boleh terima. Kerja di kerajaan contohnya, nak keluar negara kena isi borang permohonan & pengisytiharan. Dan ia belum tentu lulus. Kalau keluar negara juga tanpa kelulusan, ia dianggap melanggar perintah. Kalau terjadi apa-apa di luar negara, risiko ditanggung sendiri. Dalam perkembangan teknologi dan dunia travel yg semakin dinamik, aku rasa peraturan ini agak lapuk, walaupun memang ada kepentingannya terhadap kerajaan.

3. Satu lagi ialah tidak boleh melakukan pekerjaan lain tanpa kebenaran ketua jabatan. Walaupun umum mengetahui ramai pegawai kerajaan langgar saja dua peraturan ini tanpa ada sebarang akibat, namun ia adalah risiko yg terlampau besar untuk diambil. Lagi-lagi jika penguatkuasaan diperketatkan.

4. Manakala bekerja sebagai doktor di sektor swasta pula, kerja melekat di badan sendiri. Duit besar, tapi kalau tak kerja, takda duit. Memang bisnes perkhidmatan sebegitu pun - ia melekat pada badan. Tiada unsur "scalability" dalam produksi. Nak rekrut dan training orang baru untuk bisnes sendiri pun tak boleh.

5. Service business cannot be scaled up in productivity, it remains as is, as long as the service provider is working. Siapa yg faham business economics, akan mencuba bisnes yg tidak melekat di badannya.

6. Rezeki Allah di mana-mana. Hiduplah dengan terma & syarat sendiri. Kalau suka kerja di kerajaan, baguslah. Kalau suka kerja swasta pun baguslah! Dalam mencari rezeki, yang penting kerja dengan ikhlas & jujur. Biarlah orang lain belajar tinggi-tinggi akhirnya jual tudung pun... dah rezeki dia kat situ!

7. Rezeki di tempat lain - adalah jawapan yg sweet & simple.

Sumber dari Facebook