Thursday, May 11, 2017

Jutawan Muda Jual Produk Tiruan Kena Tangkap

Jutawan Muda Jual Produk Tiruan –  Hari ini kita dihebohkan dengan jutawan muda berumur 19 tahun yang ditahan oleh KPDNKK kerana menjual produk tiruan secara online sehingga mengaut keuntungan boleh dikatakan berjuta ringgit. Hebatkan dengan menjual produk tiruan dengan harga yang mahal mampu menjana keuntungan yang diluar jangkaan..

Ramai yang dah boleh mengagak siapa sebenarnya Jutawan muda tersebut memandangkan beliau sangat femes di twitter dengan berkongsi status di twitter. Dan beliau juga mempunyai ramai follower dengan wajahnya yang tampan serta status yang positif..

Jutawan Muda Jual Produk Tiruan Kena Tangkap


Beliau pernah ditegur oleh Wak doyok tentang perniagaan tiruan,. Nak berniaga tak salah tapi jangan jual yang fake tapi make your own brand. 

Semoga kita terus support barang original dan cuba elakkan membeli barangan tiruan yang bukan sahaja merugikan peniaga sama ada tempatan mahupun antarabangsa.