Hidup ini jangan terlampau ego. Jika kau rasa kau sudah lakukan kesilapan dan melampau, minta maaf. Ya, kita marah, ya kita tersinggung. Kadang-kadang emosi membuatkan kita berkata atau melakukan sesuatu yang sebenarnya kita sendiri akan sesali kemudian.
![]() |
| sekadar gambar hiasan dari AI |
Cumanya, adakah kau sanggup korbankan 10 tahun perkenalan semata-mata kerana 10 minit pergaduhan? Fikirkanlah. Jangan kerana satu kesilapan, kita lupa seribu kebaikan yang pernah seseorang lakukan sepanjang dia berada dalam hidup kita.
Hati jangan terlampau keras. Ada masanya kita perlu mengalah bukan kerana kita kalah, tetapi kerana kita lebih menghargai hubungan itu daripada ego sendiri.
Jangan Biarkan Ego Menghancurkan Hubungan
Dalam apa juga hubungan, sama ada persahabatan atau pasangan, pasti akan ada salah faham, terasa hati dan perbezaan pendapat. Kita manusia, bukan sempurna. Yang membezakan hanyalah sama ada kita memilih untuk memperbaiki atau membiarkan semuanya berakhir begitu sahaja.
Jika kau sudah berpunya, itu bermakna kau sudah bersedia untuk bertolak ansur dan menerima baik buruknya dia. Begitu juga dalam persahabatan. Orang yang sudah bertahun-tahun bersama kita bukan mudah untuk digantikan hanya kerana satu hari yang buruk.
Kadang-kadang dengan menurunkan sedikit ego, kau mampu kecapi seribu kebahagiaan yang lain. Satu perkataan “maaf”, satu perbualan yang jujur, atau satu langkah kecil untuk berdamai mungkin cukup untuk menyelamatkan sesuatu yang telah dibina bertahun-tahun.
Jangan tunggu sehingga seseorang benar-benar pergi baru kita sedar betapa berharganya dia dalam hidup kita.
Tak guna hidup kononnya penuh bermaruah tetapi akhirnya keseorangan. Ada masa, menjaga hubungan jauh lebih bernilai daripada memenangkan pergaduhan.
