Saturday, March 2, 2013

Tarian Harlem Shake Yang Mengarut

Selepas senyap sahaja tarian Gangnam Style muncul pula tarian baru yang dinamakan sebagai Harlem Shake. Bagi pendapat aku bila tengok video tarian Harlem shake adalah sangat mengarut dan seperti kelihatan orang gila yang tidak tentu arah. Tarian itu juga bagi aku tidak bermoral kerana sebahagian daripada video tarian harlem shake menunjukkan tarian lucah yang sudah tentunya menjejaskan pandangan kita terutamanya kepada kanak-kanak.

Tarian Harlem Shake Yang Mengarut
Tarian Harlem Shake Yang Mengarut
Persolannya: Bagaimana boleh muncul Harlem Shake?

Fenomena ini telah disebarkan dari seorang ke seorang melalui internet. Harlem Shake ini sebenarnya telah dipopularkan oleh sekumpulan remaja dari Queensland, Australia. Video mereka dimuatnaik pada awal bulan Februari 2013. Lagu yang diambil oleh mereka bertajuk Harlem Shake oleh Baauer. Konseptarian Harlem shake ini, selalunya akan ada seorang yang berhelmet atau memakai topeng menari selama 15 saat dikelilingi oleh orang yang tidak mengambil peduli mengenai orang itu yang menari keseorangan, bila masuk 15 saat seterusnya semua orang akan ikut menari secara gila dan kadang-kadang akan ada yang memakai pakaian yang pelik sambil membuat tarian masing-masing.


Kesimpulan

Tidak terkecuali di Malaysia yang juga turut menerima tempias dan menjadi ikutan sehingga sekarang. Tetapi adakah tarian seperti ini memberi impilkasi atau kesan yang baik untuk generasi kita dan mengapa mudah kita terikut-ikut dengan budaya yang tidak baik dari luar negara. Buatlah suatu perkara yang memberi menfaat kepada kita semua terutama kepada orang Islam. Betul tak? Baru-baru ini, Aku tertarik dengan satu video di mana video tersebut dimanipulasikan oleh orang islam, dimana seorang akan menari, kemudian 15 saat seterusnya kita akan nampak mereka semua sedang bersembahyang. Jadi kita jelas dengan pesanan yang hendak dibawa oleh video mereka. Itu adalah contoh yang baik yang perlu dipertontonkan kepada orang luar. Terpulang kepada korang semua untuk menilai yang mana baik dan buruk.

Harlem Shake - Muslim Version

PEACE NO SPACE :)

7 comments

Oh, patut pun ramai yang update status/tweet suruh pergi youtube cari pasal tarian ni.

apa link untuk video yg org islam buat tu? share la. aku nk usya juga

nonsense semua ni!

nak buat jgk dance nonsense ni? taip "do the harlem shake" kat search bar youtube dan tekan enter. tunggu 15 seconds and...voila!

aku tak minat dan belum pernah menonton
aku pula tak reti menari
hehe

@kopi pasta http://www.youtube.com/watch?v=EpZSdDj1IhA

senang jek benda yg buruk jgn diikut

tak faham apa yg best pasal tarian ni. pening kepala dibuatnya