Monday, February 19, 2018

Semakan BR1M 2018 Boleh dilakukan Sekarang

BR1M hangat diperkatakan sekarang dan ramai yang membuat spekulasi mengatasakan pada 19 hb februari akan dimasukkan BR1M pada akaun masing-masing tapi ternyata silap.

Hari ini bermula 19hb Februari 2018 boleh membuat semakan sama ada lulus atau gagal menerima BR1M.

Boleh layari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/

Caranya adalah mudah untuk buat semakan, Klik sahaja kat bahagian Menu nanti nampak MYBR1M dan isikan No KP serta kata laluan semua. Selepas itu terus klik semakan BR1M

Bagi mereka yang melayari laman web melalui HP pastikan tukar mode kepada Dekstop Site.

atau korang boleh check semakan BR1M melalui apps yang direka khas pada Smartphone.

Semakan BR1M Boleh dilakukan Sekarang
Apps BR1M pada Android
Pembayaran Fasa 1 BR1M 2018 adalah mulai 26 Februari 2018 (Isnin) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang berjaya dan ada mengemukakan maklumat akaun bank ketika permohonan, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, pembayaran adalah secara pemberian baucar melalui majlis yang akan diadakan oleh SUK / SDO.


2 comments

Selalunya buka web BR1M sebab nak check untuk ayah. Akak x layak mohon hahaha

wahhh.. bestnya. tahun ni mia dah tak layak dapat br1m ni...