Saturday, January 13, 2018

Ujian kesihatan yang lelaki perlu ambil berat

Boleh dikatakan golongan lelaki memang kurang sangat berminat untuk ke klinik kalau nak dibandingkan dengan perempuan untuk mengetahui tahap kesihatan secara keseluruhan.

Sebab itu kita lihat statistik perempuan hidup lebih lama 10 tahun dari lelaki kerana peka dengan tahap kesihatan. 

Jadi, inilah masanya untuk golongan lelaki memelihata kesihatan..

Ujian kesihatan yang lelaki perlu ambil berat
Ujian kesihatan yang lelaki perlu ambil berat

Lima senarai ujian kesihatan untuk lelaki

1. Kemurungan. 

Masalah kegemukan atau masalah stress boleh menyebabkan anda gagal menguruskan kehidupan anda sendiri. Masalah kemurungan sukar dikesan dari segi luaran melainkan anda bertemu dengan doktor kerana perubahan ketara dari segi tenaga, emosi, keletihan melampau dan hilang pertimbangan apabila berdepan dengan masalah kecil.

Jangan ambil mudah tentang sakit murung ini

2. Barah Kolorektum

penyakit ini jarang diketengahkan tetapi jumlah pesakit untuk penyakit ini semakin bertambah dari tahun ke tahun.. Kalau anda lebih dari 50 tahun sudah tiba masanya bertemu dengan doktor untuk mengesan penyakit barah ini.. Sekiranya ada penyakit keturunan atau sejarah keluarga yang menghidap kanser di dalam kolon jangan segan untuk mengaku di hadapan doktor

3. Tekanan darah

Sentiasa peka dan cek tekanan darah tinggi setiap bulan. Kalau bacaan 140/90 atau lebih sudah dianggap tinggi. Mungkin faktor kerja, stress dan makanan. 

Tekanan darah yang tinggi boleh terdedah dengan serangan jantung, mata rabun, strok, dan lain-lain lagi..

4. Kolestrol

Kolestrol baik dianggap HDL yang memabntu mengesan risiko serangan jantung dan strok manakala kolestrol jahat yang dianggap LDL merupakan penyumbang  kepada sakit jantung. 

Amalkan gaya hidup sihat. 

Lakukan ujian kolestrol sekarang.

Ujian kesihatan yang lelaki perlu ambil berat
Ujian kesihatan yang lelaki perlu ambil berat
5. Lakukan BMI dan ukuran pinggang

Jika anda berjaya mengekalkan berat badan anda mampu mengelakkan serangan sakit jantung, kanser dan strok. 

Bagaimana mahu mengekalkan berat badan? Lakukan pengiraan BMI (Body mass Index) dan ukuran pinggang, menerus BMI,, anda boleh tahu sama ada anda kurang berat, normal, terlebih berat atau obesiti

Jangan terlalu yakit mengatakan anda sihat kerana kemunculan awal penyakit tidak boleh dilihat dengan mudah sehinggalah anda mula rasa perubahan diri yang semakin teruk.