Saturday, January 13, 2018

Movie seram dan misteri Happy Death Day

Movie Happy Death Day baru tengok beberapa hari yang lepas dan tak tahu pula ada kewujudan movie ini.. Macam tak ada ditayangkan kat Malaysia je. hehe. rasa macam tak ada sebab jalan cerita macam tak sesuai kalau nak ditayangkan kat Malaysia..

Apa yang misterinya sampai tajuk pun Happy Death Day..

Movie seram dan misteri Happy Death Day
Happy Death Day

Sinopsis Happy Death Day

Mengisahkan seorang remaja perempuan yang sedang bergembira untuk hari jadinya namun semuanya bertukar menjadi tragedi. Apabila setiap kali bangun mesti hari yang sama dan tidak pernah berubah menjadi hari esok. 

Sampai bosan dengan hari yang sama siap boleh hafal babak darip pagi sampai ke malam. 

Apa yang menjadi misterinya ialah sebelum dia terjaga dari tidur mesti dia akan dibunuh oleh seorang yang sangat misteri.

Movie seram dan misteri Happy Death Day
pembunuh bertopeng
Kenapa pembunuh yang pakai topeng nak bunuh si perempuan ini? Siapa pembunuh tersebut? Haaa... yang itu kena tengok sendiri. heheh..

Ulasan Happy Death Day

Aku tengok dalam keadaan yang memang tak ada kerja nak buat apa... bosan katakan jadi layanlah movie ini...

Best ke tak Happy Death Day?

Movie ni biasa-biasa dan takdelah bosan sangat. Kebetulan aku memang suka tengok movie misteri dan seram macam movie ini jadi memang layan habislah. Lama-lama cerita ini makin menarik.. 

Cerita ini ada plot twisted yang menarik.. buat kita tertanya-tanya siapa pembunuhnya? Apa yang AB teka salah pula.. sekali orang lain pembunuhnya..

Aku bagi 3/5 bintang untuk movie Happy Death Day

Boleh download movie ni kat group telegram [DISINI]