Thursday, January 18, 2018

Best ke pakai Oneplus 5t dan apa kelebihannya?

Smartphone brand oneplus antara yang tak perlu diperkenalkan kerana smartphone yang paling dikenali sebagai flagship killer setiap pengeluaran yang dihasilkan oleh Oneplus..

Pada tahun lepas Oneplus telah mengeluarkan Smartphone Oneplus 5 dan Oneplus 5t. Cuma ada sedikit perbezaan antara kedua-duanya iaitu saiz.

Best ke pakai Oneplus 5t dan apa kelebihannya?

Spesifikasi OnePlus 5
  • Dimensi - 154.2 x 74.1 x 7.3 mm
  • Layar - Optic AMOLED capacitive touchscreen
  • Saiz/Skrin - 5.5 inci -  1080 x 1920 piksel
  • Prosesor - Snapdragon 835 Octa-Core
  • GPU Adreno 540
  • Memori RAM 6GB, Memori internal 64GB
  • Sistem Operasi - Android Nougat 7.1.1
  • Kamera - Dual 16MP+20MP dan kamera hadapan 16MP
  • Bateri - Non-removable Li-Po 3300 mAh
  • Filter lain - Fingerprint, USB Type-C

Spesifikasi OnePlus 5T

  • Dimensi - 156.1 x 75 x 7.3 mm; 162 gram
  • Saiz/Skrin - 6.01 inci; Optic AMOLED capacitive touchscreen 1080 x 2160 piksel
  • Prosesor - Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835 octa-core 2.45GHz
  • Memori - 6/8GB RAM; 64/128GB memori internal
  • Kamera - Kamera Belakang Dual 16MP+20MP
  • Kamera Depan - 16MP
  • Sistem Operasi - Android 7.1.1 Nougat
  • Bateri - 3300 mAh
Harga Oneplus 5t

6/64 - RM1999 (Import Set)
8/128 -RM2499 (Import Set)

Best ke pakai Oneplus 5t dan apa kelebihannya?
Kotak Oneplus 5t

Kelebihan OnePlus 5T 

1 - Dengan saiz skrin layar 18:9 membuatkan design Oneplus 5t ini berbeza dengan oneplus 5. Dengan saiz yang berbeza membuatkan tangan sedap untuk memegang apatahlagi mengegam smartphone ini. Sekilas pandang phone ini lebih kurang sama dengan Oppo find 5 dan R11s.. Design lebih kurang sama memandangkan CEO Oneplus pernah bersama dengan Oppo.

2. Face Recognition yang laju - Boleh dikatakan OP5t ini antara yang terlaju kalau nak dibandingkan dengan iOS yang terbaru seperti iPhone X.

3. Dual Kamera untuk Lowlight -  Dual kamera sekarang sudah menjadi kewajipan yang ada pada smartphone terkini. Dan OP5t membawa satu perbezaan dengan memaksimumkan penggunaan gambar walaupun dalam keadaan lowlight terutamanya pada noise. 

OnePlus 5T membawa dual kamera 16MP + 20MP yang membawa aperture f/1.7 dan focal length 27 mm pada kedua lensa. 

4. Headphone Jack Audio? Ada! Berbeza dengan Apple, samsung dan Xiaomi yang mengambil langkah dengan membuang jack audio 3.5 dan OP5t tetap mempertahankan kewujudan jack audio. 

Di samping itu OnePlus 5T menggunakan port USB Type-C yang juga menyokong fitur fast charging. Dengan Dash Charging 5V 4A dapat charge bateri dengan cepat untuk OnePlus 5T yang berkapasiti 3300 mAh. 

5. Susah nak Lag dan Hang - Dengan ram yang tinggi begitu juga dengan processor yang terkini membolehkan OP5t berjalan dengan lancar smooth dan sangat susah untuk lag dan hang. Sangat sesuai untuk bermain game terutamanya yang jenis hardcore.