Friday, December 29, 2017

Movie animasi Ferdinand best ke tak?

Movie ini mungkin antara movie animasi yang dipandang sipi oleh beberapa penonton ini kerana movie ferdinand bersaing dengan movie hebat lain seperti Star Wars The Last Jedi dan Jumanji Welcome to the jungle.

Movie animasi Ferdinand best ke tak? 

Sinopsis Movie Ferdinand

Mengisahkan seekor lembu bernama Ferdinand yang tidak bercita-cita untuk menjadi fighter di sepanyol seperti ayahntya mahupun rakan-rakan sendiri. Sering dibuli oleh rakan-rakannya sendiri yang tidak mahu berlawan dengan mereka serta ferdinand sendiri tidak suka berlawan dan suka pada bunga.. satu perangai pelik yang ada ferdinand...

Satu malam tu, ferdinand cuba melarikan diri dari kandang dan berjaya melepaskan diri dan akhirnya berjaya jumpa keluarga baru yang mampu menerima kehadirannya sehinggalah dia meningkat dewasa..

Satu kejadian yang tak disengajakan oleh ferdinand sendiri sehingga memusnahkan kawasan festival bunga dan dihantar ke kandang asalnya semula pada masa dia kecil dulu..

Jadi apa dia yang akan buat untuk melepaskan diri?

Ulasan movie Ferdinand

Movie animasi ferdinand agak tipikal seperti movie animasi lain tapi berbaloi untuk menonton bersama dengan budak-budak lain..

part ni memang lawak...
Pada pandangan AB sendiri tak ada babak yang terlalu boring giler dan jalan cerita memang best sangat walaupun macam ada something kekurangan pada tempat tersebut. Mungkin mahu menonjolkan kawasan sepanyol lagi-lagi kat kandang.. 

berapa bintang nak kasi?

AB bagi 3.8/5 bintang untuk ferdinand