Sunday, December 24, 2017

Kejam bapa sanggup rogol anak sendiri sampai mengandung

Kejam bapa sanggup rogol anak sendiri sampai mengandung selepas diketahui oleh ibunya sendiri..

Polis menahan seorang lelaki kerana didakwa merogol anak perempuannya berusia 15 tahun hingga mengandung di Blok Green Garden Air Itam, di sini.

Kejam bapa sanggup rogol anak sendiri sampai mengandung
sumber gambar dari astroawani
Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa selepas mengesyaki perbuatan terkutuk lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata berdasarkan siasatan, anak perempuannya didapati mengandung dan mengaku telah melakukan hubungan seks dengan bapanya.
Siasatan mendapati mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik sudah tidak bersekolah.

Anuar berkata, sebaik sahaja menerima laporan, polis menahan lelaki berkenaan di rumahnya manakala mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut .

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah mengandung enam bulan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan iaitu rogol dan suspek kini ditahan reman enam hari untuk siasatan lanjut.

belum pun habis kisah pasal bapa rogol anak ni, kita dikejutkan lagi dengan seorang remaja yang yang diculik, dirogol selama seminggu pula gara-gara perselisihan teman lelaki.

Diculik, dikurung, dirogol selama seminggu

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun diculik, dirogol dan dikurung sekumpulan enam lelaki, dipercayai kerana perselisihan faham antara suspek utama dengan teman lelaki mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Atrash Wahid berkata, suspek utama yang juga merupakan penjenayah dikehendaki dipercayai bertindak demikian berikutan kegagalan teman lelaki mangsa membayar hutang berkaitan jual beli dadah.

"Suspek utama berusia 50-an memiliki 33 rekod jenayah lampau dan dikehendaki untuk kes samun, kurungan salah, dadah, memiliki senjata berbahaya dan ugutan jenayah.
"Hasil soal siasat dengan remaja terbabit, dia turut memberitahu dirogol beberapa kali oleh suspek utama selama seminggu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan khas anggota Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah setelah menerima maklumat pada Isnin lalu.

Polis kemudiannya bertindak menahan kesemua enam suspek berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun, termasuk suspek utama dalam serbuan di rumah seorang daripada suspek berkenaan di Kuala Sungai Yan, Alor Setar pada pagi Khamis.

Polis turut merampas dua kenderaan jenis Proton Perdana dan BMW, dua motosikal berkuasa tinggi, helmet pelbagai jenis, telefon bimbit, televisyen dan monitor serta beberapa unit pembesar suara.

Tambah Mior Farid, mangsa yang dikurung di sebuah stor di rumah tersebut berada dalam keadaan lemah dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Jumaat untuk mendapatkan perintah reman.

===

banyak sangat kisah kisah rogol yang masih berpanjangan sehingga kini masih menjadi berita utama media sosial.. apa sudah jadi dengan negara kita yang semakin membimbangkan dengan sosial yang tidak dikawal.