Sunday, December 24, 2017

Drama Korea yang best bukan berunsurkan cinta je

Selalu sangat tengok drama korea dengan cinta yang meleret pun boleh jadi bosan balik-balik cinta.. apa kata tengok drama korea yang berunsurkan selain daripada cinta sahaja. Sekarang drama korea banyak drama aksi, seram, thriller, fantasi dan banyak lagi selain daripada cinta semata-mata..

Mana satu drama korea yang best?

Drama Korea yang Best bukan berunsurkan cinta Semata-mata

Ini antara senarai drama korea yang korang kena tengok kalau korang belum tengok lagi. 

Drama Korea yang best bukan berunsurkan cinta je
Bad Guys
1. Bad Guys (2014)

Bad Guys pada asalnya mengenai tahap jenayah yang tinggi di bandar Seoul. Polis dianggap tidak dapat menyelesaikan kes jenayah yang berleluasa, terutamanya kes pembunuh bersiri. Pada awal episod menceritakan tentang kematian seorang detektif yang merupakan anak kepada Ketua Polis (Pesuruhjaya Nam), ketika dia bertugas untuk menangkap suspek dalam pembunuhan bersiri.

Ketidakpercayaan orang ramai semakin meningkat terhadap polis dan kadar jenayah meningkat setiap hari. Ianya mencetuskan dan menguatkan keputusan Pesuruhjaya Nam untuk mencipta Pasukan Siasatan Khas secara rahsia, yang tugasnya membantu menyelesaikan kes-kes jenayah yang tidak dapat ditangani oleh pihak polis.

Terutamanya kes pembunuhan bersiri yang menyebabkan dia kehilangan anaknya. Uniknya, pasukan khas rahsia ini tidak seperti pasukan lain yang boleh dipanggil 'Pasukan Idaman' yang terdapat detektif yang terkenal, pendakwaraya pintar atau polis genius.

Pasukan khas ini dikategorikan sebagai The Nightmare Team, kerana ia mengandungi detektif panas baran yang dikenali dengan nama samaran "anjing gila" dan tiga penjenayah berbahaya yang dianggap pintar, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Drama Korea yang best bukan berunsurkan cinta je
The Defendant
2. The Defendant (2017)

Drama ini menceritakan kisah tentang Park Jung-Woo (Ji Sung) yang merupakan pendakwaraya di Pejabat Pendakwaraya Seoul yang mengalami amnesia bersifat sementara. Pada suatu hari, dia sedar dari tidur dan menyedari dia sedang di tahan di dalam lokap di balai polis.

Park Jung-Woo dituduh dengan jenayah dan dihukum mati. Dia terpaksa bertarung untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Alur ceritanya mungkin simple sahaja tetapi sangat kuat. Hampir setiap aspek drama ini sangat mempesonakan, detik-detik walaupun sekilas kecil dari dalam drama ini impaknya kuat membawa ke arah cerita.

Drama Korea yang best bukan berunsurkan cinta je
THe Tunnel
3. The Tunnel (2017

Berlatar belakang tahun 1986, Detektif Park Gwang-Ho (Choi Jin-Hyuk) berusaha untuk menangkap pembunuh bersiri. Dia terus mengejar pembunuh itu sehingga melalui sebuah terowong. Keluar sahaja dari terowong itu, Detektif Park Gwang-Ho mendapati dirinya melangkaui masa dan berada pada tahun 2017.

Walaupun Detektif Park Gwang-Ho adalah seorang yang bijak tetapi dia masih seorang detektif lama yang berada di tahun 2017. Dia berjuang untuk mencuba menyesuaikan diri dengan kehidupan moden dalam era yang serba canggih.


Dalam era moden, Detektif Park Gwang-Ho bekerja dengan detektif Kim Sun-Jae (Yoon Hyun-Min) dan Doktor psikologi Professor Shin Jae-Yi (Lee Yoo-Young) untuk menangkap pembunuh.

Drama Korea yang best bukan berunsurkan cinta je
Voice
4. Voice (2017)

Moo Jin-hyuk (Jang Hyuk) adalah seorang detektif yang boleh diharapkan, dia mengetuai pasukan dalam operasi utama dan sentiasa berjaya dalam menangkap buruan sasaran. Sehinggalah pada suatu hari, isterinya mati dalam satu kes pembunuhan.

Kejadian ini mengejutkannya dan membuatkan Jin-hyuk kemurungan yang hampir menamatkan kerjayanya, dan pada akhirnya dia ditugaskan hanyalah sebagai polis biasa. Hinggalah suatu hari Moo Jin-Hyuk kembali ditawarkan sebagai ketua pasukan Golden Time oleh Kang Kwon-joo (Lee Ha-na).

Pasukan Golden Time adalah pasukan pegawai polis yang bertanggungjawab yang bertindak balas dengan cepat terhadap panggilan kecemasan melalui pusat panggilan 112. Moo Jin-hyuk dan Kang Kwon-joo telah mengenali antara satu sama lain sebelum ini.

Kang Kwon-joo adalah seorang kerani pusat panggilan 112 yang bertindak balas sejurus sebelum isteri Moo Jin-hyuk dibunuh. Ini menyebabkan beliau terlibat sebagai saksi. Malangnya semasa perbicaraan, bukti sebenar telah dimanipulasi sehingga kebenaran sebenar tidak terungkap dan pembunuh isteri Moo Jin-hyuk tidak boleh dihukum.

Drama Korea yang best bukan berunsurkan cinta je
MIsaeng
5. Misaeng (2014) 

Drama ini di adaptasi daripada webtoon tajuk yang sama. Misaeng menceritakan kisah seorang pemuda yang bernama Jang Geu Rae (Im Shi Wan) yang sebelum ini mendedikasikan masa dan kehidupannya untuk menjadi pemain Go profesional (jenis permainan papan, seperti Othello).

Tetapi Geu Rae terpaksa menguburkan cita-citanya dan mencuba nasibnya untuk menjadi pekerja di sebuah syarikat perdagangan yang dipanggil One International, dan di situlah timbul pelbagai masalah dan cerita pun bermula.

Drama Korea yang best bukan berunsurkan cinta je
Cheo Yong
6. Cheo Yong (2014)

Detektif polis Yoon Cheo-Yong (Oh Ji-Ho) dilahirkan dengan anugerah istimewa, dia dapat melihat, mendengar, malahan menyentuh hantu. Dia sentiasa dihantui oleh hantu seorang gadis sekolah (Jun Hyo-Seong), yang mendorongnya menyelesaikan kes misteri bersama rakannya, Ha Sun-Woo (Oh Ji-Eun). 

Menggabungkan misteri dengan alam ghaib yang menyeramkan, drama jenayah supernatutal boleh menyebabkan korang ketagih nak tengok dari episod ke episod.

Drama Korea yang best bukan berunsurkan cinta je
Phantom
7. Ghost/Phantom (2012) 

Seorang pegawai polis, Kim Woo-Hyun (So Ji-Sub), cuba menyelesaikan jenayah yang kompleks di dunia alam maya yang gelap dan lemah. 

Plot drama ini terutamanya mengikuti kes rumit yang melibatkan kematian seorang pelakon wanita ternama yang dibunuh dengan kejam dan seorang penggodam alam maya berbahaya yang dikenali hanya sebagai Hades

Drama Korea yang best bukan berunsurkan cinta je
Liar Game
8. Liar Game (2014)

Drama ini adalah adaptasi dari komik Jepun, selain itu komik ini telah pun terlebih dahulu dibuat drama oleh produksi Jepun (2007) dengan tajuk yang sama.

Nam Da-jung (Kim So-eun),seorang pelajar kolej yang baik hati namun hidup dalam kesusahan kerana terpaksa melangsaikan hutang bapanya kepada Lintah darat. Bapanya melarikan diri dan tinggal lah Nam Da Jung seorang diri. Tanpa diduga Nam Da Jung telah terpilih menjadi peserta kepada rancangan realiti tv Liar Game. 

Rancangan tersebut mengkehendaki para peserta menipu antara satu sama lain untuk menjadi seorang yang bertuah dan memenangi hadiah yang lumayan. Disebabkan ingin menglangsaikan segala hutangnya Da-jung akhirnya bersetuju untuk menyertai rancangan tersebut. Di peringkat permulaan Liar Game, Da-jung hampir-hampir tersingkir namun dia akhirnya meminta pertolongan seorang bekas banduan yang juga bergelar Professor yg sangat genius iaitu Ha Woo Jin (Lee Sang-yoon). Atas pertolongan Ha Woo-jin, Nam Da-jung terselamat dan berjaya ke pusingan seterusnya.

Pengacara Liar Game iaitu Kang Do-young (Shing Sung-rok) berjaya menyakinkan Ha Woo-jin untuk menjadi peserta dalam rancangan Liar Game jika Woo-jin mahu mengetahui siapa dalang yg bertanggungjwb di atas kematian emaknya. 

Sepanjang pertandingan berlangsung, Woo-jin cuba menyiasat latar belakang Kang Do-young yang sangat misteri itu. Siapa sangka Kang Do-young, Ha Woo-jin dan Nam Da-jung telah pun bertemu ketika mereka masih kecil di rumah anak-anak yatim yang dikendalikan oleh emak Ha Woo Jin.

Drama Korea yang best bukan berunsurkan cinta je
Signal
9. Signal (2016)

*Mindblown drama*
Cerita ini bermula apabila seorang pegawai polis yang bernama Park Hae Young (Lee Je Hoon) secara tidak sengaja terjumpa walkie-talkie lama milik pegawai kanan polis bernama Lee Jae-han (Cho Jin Woong). 

Sebenarnya tidak ada yang istimewa, hanyalah walkie-talkie lama yang rosak tetapi tiba-tiba berfungsi, dan kedengaran suara Lee Jae-han di hujung talian. Masalahnya, Hae Young berada pada tahun 2015 sementara Jae-han berada di tahun 2000.

Bersama-sama, mereka memecahkan, malahan mencegah jenayah terjadi dari permulaannya. Hal menjadi rumit ketika kes pembunuhan yang telah berlangsung lama dulu, mengancam untuk menggagalkan hubungan kerjasama di antara mereka berdua.

Drama Korea yang best bukan berunsurkan cinta je
Secret Forest
10.Stranger, Secret Forest (2017)

Seorang pendakwaraya berbakat namun tidak suka berinteraksi sosial bernama Hwang Si-Mok (Cho Seong-Woo) menemui bahawa seseorang yang tertarik dengan salah satu dari kesnya tiba-tiba dibunuh. 

Ketika dia mengetahui bahwa pembunuhan tersebut merupakan sebahagian dari jaringan korupsi besar kerajaan dan kes pembunuhan bersiri yang belum dapat diselesaikan, dia bekerjasama dengan seorang leftenan polis (Bae Doo-Na) untuk mengungkap kebenaran yang mengejutkan.