Tular Anis Hafiza RM2500 mampu beli rumah ada tiga anak lagi

Memang bagus ade aset sendiri tapi cara dia sampaikan tu macam terlampau riak. Sebenarnya tak kisahlah nak cerita pasal beli aset hartanah dengan RM2500 walaupun sudah ada tiga anak lagi tapi cara dia memperlekehkan anak muda remaja sekarang mcam tak pandai buat simpanan.. 

Lain orang lain tanggungjawabnya,.. ada keperluan masing dan berbeza cara kita mengurus kewangan.. tapi jangan sampai memperlekehkan cara budak sekarang tak pandai simpan duit. Macam semua budak tak pandai simpan... tak semua!

Tak sedap didengar apabila ramai penyewa dari kes Anis mula muncul dengan nada tidak puas hati...

Berikut adalah coretan Afiq Mahadhir tentang Anis ni

Malas dah kias, malas nak sindir aku sound setepek je.

Kes si Anis Hafiz ni viral baru ni, ada member aku kata jangan sentuh orang hartanah kalau tak ada ilmu. Tapi aku ramai je member hartanah so lantak lah, aku tahu mana kawan aku yang ok mana yang tak.

Tular Kes Anis Hafiza RM2500 mampu beli rumah ada tiga anak lagi
sumber dari twitter
Aku tahu dia gunakan marketing style riak untuk naikkan populariti dia jual kelas dia. Tapi bab tu aku malas sentuh sebab dalam banyak-banyak bab kawan aku kata jangan sentuh, bab agama memang paling aku takut nak sentuh.

Dalam kes ni ada beberapa penyewa kata dia tak pulang depo rumah, ada yang kata dia kapak harga untuk student. Eh, macam2 la aku baca.

Aku nak cerita dulu aku study di sebuah U Swasta atas pinjaman MARA. Sem 1,2,3 duduk hostel dengan bayaran 1 sem bawah RM1k jika tak silap aku tak ingat. Sem4, 5, 6 dah kena cari rumah sendiri. U ni terletak di satu kawasan Bangi dan aku pun mencari rumah sewa sekitarnya. Time tu rate rumah sewa paling murah RM950 apartment 3 bilik 2 bilik air.

Tapi sebelum aku dapat rumah tu, aku ada jumpa 1 rumah teres 2 tingkat sewa RM1300.. Disebabkan kami berlima ja so kami decide nak ambik yang tu dengan kadar RM220 seorang.

Aku sembang dengan owner rumah katanya dia ada beberapa lagi rumah sewa tapi jauh sikit dari kawasan tu. So bila kami nak proceed dia tanya nak duduk berapa orang. Aku cakap 5, semua student tapi kami masing-masing akan cari kerja. Kira boleh bayar sewa rumah. ON THE SPOT dia cakap, eh kalau student rate lain RM1500.

Terus darah aku menyirap, rasa nak bakar rumah tu pun ada. dengan rumah kosong dan tak berapa nak cantik. Kau cas aku RM1500 sebab rate student?

Kak, ko dulu belajar full atas bawah mak support ke? Memang lah kau sembang sedap sindir2 budak acah2 loaded tapi ko tahu tak ada je student yang memang tak ada duit? Kawan aku dulu nak keluar 1 sem 2-3 kali je tahu? Beli motor loan duit mak ayah, LOAN bukan mintak terus tak bayar.
Tular Kes Anis Hafiza RM2500 mampu beli rumah ada tiga anak lagi


Dan aku paling bangsat dengan orang yang memanfaatkan KEPERLUAN demi memenuhi KEHENDAK sendiri. Rumah tu keperluan, kalau setakat kau nak amik margin 200-300 dari harga kau bayar bank tak apa lagi. ini sampai RM500-600 semata-mata nak buat loan rumah baru.

Cara kau nak ajak orang masuk bidang hartanah tak kena, matlamat tak meghalalkan cara. Aku tak tahu lah kawan-kawan yang sokong kau pun dulu belajar pakai duit mak bapak gak.