Sunday, November 26, 2017

Mitos batuk berpanjangan perlu ambil antibiotik

Ramai di kalangan kita yang beranggapan, jika seseorang itu batuk-batuk sehingga menjangkau seminggu, pasti akan diberikan antibiotik untuk merawat batuk tersebut.

Telahan itu kurang tepat, kerana bukan semua batuk memerlukan antibiotik. Terdapat situasi di mana antibiotik tidak akan berkesan, kerana ia hanya efektif terhadap bakteria. Sedangkan terdapat juga batuk-batuk yang disebabkan oleh virus atau lebih teruk, kuman tuberkulosis. Sudah tentu ia memerlukan rawatan yang berbeza.

Ramai antara kita yang tanpa segan silu ‘meminta’ diberikan antibiotik, atau mendesak doktor supaya mempreskrib antibiotik. Jika doktor tidak melihat keperluan antibiotik  dan tidak mempreskribnya, diminta pula di kaunter farmasi seolah-olah ianya boleh diberi tanpa pemantauan yang sepatutnya. Sudah tentu ianya tidak akan dihulur begitu sahaja!

Apakah risiko jika diberikan antibiotik tanpa keperluan yang betul?

Antaranya ialah, risiko kerintangan antibiotik.

Ya, ia adalah risiko yang serius, boleh dikategorikan sebagai suatu ‘krisis’.  

Kerintangan antibiotik atau ‘antibiotic resistance’ adalah suatu keadaan di mana bakteria mengalami mutasi, membuatkan antibiotik tidak lagi berkesan terhadap bakteria tersebut.

Menurut World Health Organization, kerintangan antibiotik merupakan suatu proses semulajadi, tetapi ianya dipercepatkan lagi oleh penggunaan antibiotik yang tidak terkawal.

Semakin banyak jangkitan yang menjadi semakin sukar dirawat kerana antibiotik yang digunakan sebelum ini tidak lagi berkesan ke atasnya. Akibatnya, bakteria termutasi ini akan terus membiak dan menerukkan lagi penyakit seseorang.

Kerintangan antibiotik boleh menyukarkan dan memanjangkan tempoh rawatan serta meningkatkan kos rawatan hospital.

Dalam kes yang serius, ia boleh membawa maut!

Mengapa anda perlu peka dengan permasalahan ini? Kerana ia boleh menyerang sesiapa sahaja. Mungkin anak anda, ibu anda atau anda sendiri. Bersama kita tanganinya.

Antibiotics. Handle with Care

Terima kasih JKN Perlis yang telah menyediakan infografik bermutu untuk pendidikan orang ramai. 

Tulisan, 
Dzyan Azlina Azman
Persatuan Farmasi Malaysia Cawangan Kelantan

Mitos Batuk Berpanjangan

Mitos batuk berpanjangan perlu ambil antibiotik

Mitos batuk berpanjangan perlu ambil antibiotik

Mitos batuk berpanjangan perlu ambil antibiotik



Mitos batuk berpanjangan perlu ambil antibiotik

Mitos batuk berpanjangan perlu ambil antibiotik


Mitos batuk berpanjangan perlu ambil antibiotik

Mitos batuk berpanjangan perlu ambil antibiotik