Wednesday, November 29, 2017

Best tak Movie Coco? Movie ke dunia alam kematian

Movie Coco - Antara movie yang korang patut tengok ketika korang bosan tak tau nak buat apa. Nak tengok dengan budak-budak pun boleh...

Movie yang berlatarbelakangkan suasana Mexico.

Sebelum aku bagi review meh aku bagi jalan cerita movie ini..

Sinopsis Movie Coco

Mengisahkan Miguel seorang budak yang sangat minat dengan muzik namun terbantut dengan larangan keras keluarganya dengan apa juga muzik. Hatta Miguel tidak boleh dekat dengan ahli muzik,.

Best tak Movie Coco Mestilah Best dan ini sebabnya
Miguel bersama rakan barunya di alam roh
Satu hari miguel terjumpa satu kertas audition untuk bermain muzik tetapi dilarang  juga serta gitanya telah dipatahkan dan miguel berkeras juga nak pergi. 

dan miguel mendapat satu idea dengan mencuri gitar milik seorang penyanyi idamanya yang disimpan dalam rumah kecil (kubur) yang dalamnya ada gitar tapi dikunci rapi.. 

Miguel nekad pecah masuk tapi kantoi dan apabila petik je gitar tu miguel tiba-tiba berada di alam lain iaitu alam roh.

Dari situ dia nekad untuk berjumpa dengan penyanyi idolanya untuk mendapat berkat kembali ke dunia asa. 

Ulasan movie Coco

movie coco ini mengisahkan pasal kekeluargaan dan keazaman yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang diidamkan.. 

Cerita pada awalnya memang agak membosankan tapi bila dah tiba 20 minit dan ke atas mula babak yang best bila mana Miguel masuk ke alam roh. 

Dari situ mula babak miguel mencari penyanyi idolanya dan terjumpa ahli keluarga dan sanak saudara yang telah meninggal. 

Ada sedikit plot twisted cerita ini.. nak tau twistnya korang kena pergi tengok..