Tuesday, November 21, 2017

Adik-beradik maut ketika salah makan telur beracun

Kisah lama yang mungkin tak ramai yang tahu dan tidak dapat dipastikan sama ada betul ataupun tidak tapi ini menurut sumber yang dekat memberitahu tentang adik-beradik yang mati bersama.

Menurut cerita, si ayah beli telur ikan kat Pasar Melaka untuk makan sekeluarga. Masa tu Pasar Melaka kat tepi sungai Kampung Jawa tu.

Penjual kata tu telur ikan kurau tapi sebenarnya telur ikan buntal yang beracun.

Menurut kata si ayah... anak-anaknya bergelimpangan kat keliling tempat makan sebaik makan telur ikan tu.

Tak terbayangkan sedih dan paniknya si ayah dan ibu masa tu...

Pada yang tak tahu, orang dulu-dulu makan bersila kat atas lantai dengan alas tikar je.

Ibu kepada mangsa mengalami kemurungan buat beberapa ketika selepas kejadian tu.

Jom sedekahkan al fatihah buat mereka yang telah pergi menemui Maha Pencipta...

Adik-beradik maut ketika salah makan telur beracun
Kubur lima adik beradik