Seribu Misteri tentang Pulau Dayang Bunting Part 2

Banyak tragedi yang jadi, ni perkongsian dari cerita rakyat tempatan yang betahun lama menetap kt tanah langkawi dari turun temurun sejak tok nenek punya zaman dulu. Mereka berkongsi cerita tntg pulau tersebut. Yg ni mmg seram cerita-cerita dorang

Seribu Misteri tentang Pulau Dayang Bunting Part 2


1.Pelancong Arab Saudi lemas di Tasik Dayang Bunting. Percutian sebuah keluarga dari Arab Saudi berakhir tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka ditemui lemas di Tasik Dayang Bunting, dekat sini, petang tadi.

Dlm kejadian jam 5.30pm, mangsa Alahmadi Hussain Fuada, 19, dipercayai tergelincir and jatuh tasik sedalam 30meter dr pelantar terapung and lemas. Ketua Balai Bomba Penyelamat, Penolong Kanan Penguasa Yaakob Hassan kata, remaja lelaki ni tiba dgn ahli keluarganya untuk mandi.

Beliau berkata, sebaik tiba di situ, keluarga mangsa dikatakan bergurau kt atas pelantar sblm seorang dr dorg tergelincir and jatuh ke dlm. Katanya, pihak menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian kira-kira jam 5.39pm sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Bila tiba kt lokasi kejadian, pasukan scuba bomba melakukan selaman dan menemui mayat mangsa pada kedalaman 30 meter sebelum menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Mayat kemudian dihantar oleh pihak polis ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat, katanya.

Ni plk kes ke-2 kt Pulau Dayang Bunting. Benda ni mmg akan berlaku pd setiap tahun. Sbb tu org blh ckp pulau ni mkn orang. Mmg tiap-tiap tahun dia nak orang mati kat situ.

2.Pelancong Taiwan plk mati lemas di tasik dayang bunting kalini. Hajat seorang lelaki warga Taiwan dan pasangannya untuk menikmati keindahan Tasik Dayang Bunting di Langkawi Kedah, berakhir tragedi apabila dia mati lemas sewaktu berenang di tasik berkenaan, pagi tadi.

Pelancong lelaki terbabit, Chiau Yan Lin, 20, dikatakan tlh ke Pulau Dayang Bunting bersama teman wanitanya drpd Pulau Langkawi awal pagi td dgn menaiki bot yg dikendalikan oleh sebuah agensi pelancongan.

Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Mohamad Zabidi Che Teh, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.28 pagi dan tiba di Tasik Dayang Bunting pada jam 11.50 pagi. Ayo lama jgk mkn masa nk sampai, 1jam 22minit

Mayat mangsa ditemui pada dasar tasik di kedalaman kira-kira 10 meter. Mayat kemudian dibawa ke jeti pekan Kuah untuk diserahkan pada pihak polis dan kemudian dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat. Cerita ni mcm pihak yg berkenaan melengahkan kes pulak kan.

Sementara tu, menurut sumber dr ejen pelancongan, mangsa dikatakan tak sabar nk mandi manda kt tasik tu and turun ke tasik tu tanpa minta kebenaran dr dorg dan tanpa pakai life jacket. Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar yg sering jd tumpuan pelancong asing kt Langkawi

3.Ni plk tragedi raya kedua kt Tasik Dayang Bunting. Mangsa dari Negara kita sendiri, Malaysia. Hajat remaja lelaki untuk menikmati keindahan Tasik Dayang Bunting, Langkawi, bersama tiga rakannya berakhir tragedi apabila dia lemas ketika berenang di tasik berkenaan, 27 Jun 2017

Mayat mangsa, Azhar Zaidi, 15, dari Kampung Belanga Pechah, Mukim Kuah di Langkawi, iaitu penduduk negeri langkawi sendiri, ditemui anggota bomba pada dasar tasik di kedalaman kira-kira 10 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Mohd Hisham Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tu pada 1.31pm dan tiba di Tasik Dayang Bunting pada 2.10 petang. Mmg akan ambil masa lingkungan 1jam lebih utk sampai ke tmpt kejadian.

Kejadian Depan Mata. Cerita dari rakyat penempatan. Demi Allah apa yg diceritakan ni adalah kisah benar untuk dijadikan iktibar untuk pelancong-pelancong atau mereka yg bakal melancong ke Pulau Dayang Bunting, Langkawi.

Harini 12pm td brlaku kejadian depan mata and brp saksi yg lain seorang budak sekitar 15-16 tahun lemas di Tasik Dayang Bunting sblm perlahan2 ditarik smp ke dasar. Waktu kejadian sume igt hanya main2 sbb tk menjerit minta tlg tp saksi dan brp saksi lain yg sempat nmpk bnda tu,

sempat meminta bantuan orang-orang sekeliling dan anggota penyelamat untuk membantu sehingga lah penyelamat-penyelamat lain muncul.

Pengajaran pd pelancong lain supaya pakai life jacket tp apa yg aku tahu jacket yg dikenakan caj RM5. Mungkin jd faktor ramai yg dtg ke tasik tersebut tk nk pakai life jacket sedangkan dlm Pulau tersebut sedlm 14 meter dan kejadian “tasik yg memakan org” bukan baru jadi harini

Mmg dikatakan setiap tahun akan ada yg ditelan ke Tasik Lagenda tersebut. Tiada pihak yg harus dipersalahkan cuma diri kita sendiri mesti alert sebab kejadian sebelum ni pun seorang orang arab “ditelan” pun punca tergelincir

Seribu Misteri tentang Pulau Dayang Bunting Part 2


Sentiasa la memakai life jacket walaupun kita takde niat nk terjun ke Tasik Lagenda tersebut. Mohon share supaya jadi iktibar dan peringatan buat orang lain. Persoalan aku siapakah yg akn mnjd mangsa seterusnya, and sampai bila perkara ni akan terus berlaku? Sekian thread dr aku.

Lihat Part 1 [DISINI]

sumber dari twitter @aimanhaiqalrsd

1 comments

Memang bahaya ada dimana-mana sahaja, kena beringat!