Resepi Tempe Goreng yang sangat Mudah

Korang peminat tempe tak? Kalo macam aku mmg suka makan tempe walaupun makan macam tu je pun aku ok.. Lagi best bila makan tempe dengan nasi memang sedap! Lagi2x kalau tempe tu buat masak sambal..

Ok sekarang nak share resepi yang sangat simple tak perlu banyak bahan itu ini semua.. Just simple je tapi rasa memang terbaik!

Resepi Tempe Goreng yang Mudah
sekadar gambar hiasan. Sumber dari https://beritagar.id
Just nak share resepi Tempe Goreng simple

Bahan-bahan Tempe goreng

  • Tempe
  • Minyak masak nak goreng nanti
  • telur sebiji (guna yang warna putih sahaja)
  • Tepung Goreng Berempah SERI-AJI
  • Air kosong 
Resepi Tempe Goreng yang Mudah
Pakai tepung goreng warna kuning kalau tak nak pedas. 

Cara nak buat tempe Goreng Simple.. mudah je
  1. First korang potong tempe ikut korang nak buat bentuk macam mana.. Nak petak ke memanjang ke.. macam aku memang buat jenis petak.. 
  2. Kemudian sediakan mangkuk, letakkan Tepung goreng.. ikut korang lah nak tuang berapa banyak serbuk janji cukup untuk salut semua tempe tu nanti biar sebati..
  3. Telur tu pecahkan tuangkan telur yang putih je jangan dengan yang kuning.. Kuning tu biarkan je.. nak yang putihnya sahaja.. kemudian campurlah sedikit air biar blend dengan tepung jadi cantikk!
  4. Rasa dah macam ala2x tanah liat lembut gitu barulah masukkan tempe dan korang gaulkan biar sebati...
  5. Pastu panaskan minyak dan gorenglah tempe yang telah digaulkan dengan tepung tadi. 
  6. Dah siap!
Simple kan?.

Nampak simple tapi memang sedap gila.. tak payah tambah gula garam semua sebabnya Tepung tu sendiri dah ada rempahnya sendiri jadi ada rasa gitu.. 

Nanti rupanya macam tepung tu di salut dengan tepung macam sotong tepung... kira menjadilah janji sedap!

Bolehlah layan tempe goreng je sambil tengok tv.. hehe