Kisah Seram ada 'peneman' di kamar kolej UITM Part 2

makanan aku mula tinggal sikit . aku mula banyak baring isi masa lapang , aku layan one piece . start malam jumaat tu...

pintu bilik aku special . dari luar ada selak dgn tombol . dari dalam pun ada selak dgn tombol pintu . aku kunci pintu dr dalam

masatu aku tengok One Piece episode 667 . aku ingat ! angin kuat nya ya Allah . terasa kerdil aku sebagai mahluk Allah

aku pun bangun buka langsir . togel tingkap aku . aku baring balik . pastu kau tahu tak , ๐Ÿ‘น main kat bilik sebelah buduh lak ai

Kisah Seram ada 'peneman' di kamar kolej UITM Part 2

mentang2 aku buka lampu . takut kantoi huduh , ๐Ÿ‘น main kat bilik sebelah kanan aku . lentang lentung almari budak tu dibuat eh

aku buka ayat kursi ( one piece tetap jalan beb ) . aku ambik garam . yup . aku takdalah tinggi ilmu 'jengjeng' ni . sikit je .

garam tu aku baca ayat kursi , 3Kul and aku salawat , aku letak sikit dekat lidah . aku susun elok dekat bawah pintu .

pastu nak tahu something , ๐Ÿ‘น diam . taknak pula dia berdisko kat bilik sebelah . diamm je . angin dah mula slow

aku dapat call dr member . aku jawab , tak dengar suara . aku hello banyak kali kalah adele , member letak phone .

dia dengar bunyi berdesing . dia tanya aku okay ke tak, aku tak cerita kat dia . aku kata line kut . then aku tahu , ๐Ÿ‘น dekat aku

maybe ๐Ÿ‘น dekat tingkap . sebab nya , ๐Ÿ‘น suka cakar cermin tingkap aku

tapi aku tahu ๐Ÿ‘น tak masuk . dia ada kat luar . sebab tingkap aku ada satu pokok bebetul dahan berhenti depan tingkap aku .

then aku pause One Piece , aku cucuk earphone , aku dengar surah Al Mulk sampai tidur .

malam kedua aku okay . ๐Ÿ‘นtakda masuk ke apa . tapi garam aku hangus bawah pintu . aku tak masuk bilik air siang tu woi ! serem .

petang tu aku mandi lah jap . macam orang yang betul2 jimat air ah . mesti Ayah Man sayang aku kalau dia tau . then masuk bilik

malam tu aku tidur awal sebab penat siapkan drawing siang tu . aku tidur awal dlm pukul 10 lebih and bangun pukul berapa tau?

pukul 3 setengah makweiii ๐Ÿ˜ญ 3 setengah pagi buta nokharom . sebaik dah hari ahad . mata aku segar ya Allah ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ

aku tengok lampu satu terbuka satu padam . setahu aku , aku tak tutup lampu masa tu ( akhirnya ego tewas ๐Ÿ˜‚ ) . ๐Ÿ‘น ada .

๐Ÿ‘น dekat hujung kaki aku . aku tak nampak . tapi kita boleh rasa . kan ?? aku yakin dengan Allah . aku yakin ๐Ÿ‘น mahluk Dia juga .

dia tarik selimut kuning aku . comforter aku koyak . nnt jap lagi aku send gambar . cutter ( pisau ) aku patah .

tepat pukul 4.10 am camtu , ๐Ÿ‘นlepaskan selimut aku . dah tak nampak tegang . takda bunyi besi kena seret atas lantai

klau lah kau faham derita jiwa aku masa tu . boleh gila . wallahi ! kau sorang wei ! aku sorang , Ya Allah . sunyi aku masa tu

aku minta ampun dekat Allah masa tu . berderai airmata mohon ampun segala silap . betul orang kata , masa susah baru ada Tuhan

aku nekad . aku buka pintu bilik . sambil peluk kain batik mama , aku sarung telekung , aku pergi hujung level ,aku pasang lampu

aku baca ayat kursi sambil menangis ya Allah . phone aku tah mana , hingus aku tah mana . aku jalan masuk bilik , aku duduk

aku sandar dekat katil macam orang sengal . aku jammed . mata bengkak . kain batik mama penuh hingus aku . pintu terbuka . ๐Ÿ‘น???

๐Ÿ‘น pun kesian tengok aku menangis . kepala aku berdenyut . aku termenung . aku zikir sampai hari cerah

ahad tu aku tak makan tak minum . aku tak sedar pun aku lapar . aku buat kerja macam biasa . and aku buat ni ๐Ÿคฆ๐Ÿป‍♀️ Luffy is bae

Kisah Seram ada 'peneman' di kamar kolej UITM Part 2


malam ahad aku mula kembali macam biasa . and isnin , mula ramai balik . tapi tak level aku . ada 2-3 orang je

aku mula busykan diri dengan kelas , studio . aku pergi kelas pagi , balik pukul 2-3 tumpang kawan naik kereta

and , ada satu malam , aku turun dari kereta dia , masatu kat parking tanah merah , gula gula dr library lama tinjau kitorang

gula gula muka hitam . mata apa semua taknampak sebab jauh . gula gula kat tangga kelas IDE tu . then dia bawah pokok

Allahuakbar . Aku hamba Dia yang hina , lemah , tak mampu alih mata . ๐Ÿฌ ( pocong ) tak gerak . tak loncat . ๐Ÿฌ stay

kawan kawan aku tegur aku . ' weh del ! asal do ?? ' and Fai , kawan aku dah pegang lengan aku ajak jalan balik .

aku tahu ๐Ÿฌ pandang aku . aku tahu ๐Ÿ‘น pula tunggu aku balik . bilik aku dgn bilik Fai tak jauh tapi aku tak suka tidur bilik orang

aku fikir , Allah takkan saja biar aku susah kalau tahu aku tak mampu . Hilang mama ayah cukup pahit . so ๐Ÿ‘น๐Ÿฌ takdalah perit nau

malam demi malam aku telan sendiri . aku nekad akan aku kongsikan rasa tu . Allah tu Maha Kuasa . Ada juga kawan2 dtg teman .

satu malam tu , kawan aku selang 3 bilik datang nak teman , roomate dia punya kurang ajar biadap , kau tahu dia kata apa ???

roomate dia kata , " baik baik you . hantu sundal semua dalam tu . karang you pula kena " tercengang aku . hati ni hancur .

Allahuakbar . Hina apa hamba macamtu sekali ? bilik ni bukan aku buat maksiat . Aku bukan bawa jantan . Malam tu kawan aku tidur

dia tidur sambil aku buka ayat ayat suci . lagi berapa minggu nak tamat pengajian . aku sambung buat drawing . ๐Ÿ‘น lalu ..

๐Ÿ‘น langgar sudu garfu aku . aku pandang tingkap . tak nampak๐Ÿ‘น tapi sudu tetap berlaga dgn garfu .

tangan aku pegang cadar . aku paksa diri bangun sebab masa tu aku duduk kat lantai . beratnya lutut nak lurus berdiri, Ya Allah

aku sebut nama kawan aku , dia tak dengar . aku rasa tekak aku nak tercabut tapi dia tak dengar . even aku tak dgr suara sendiri

syahdunyaa ku rasa disaat ituuuuu . suasana sepi membisuuuu . ehemm . aku menangis gila . airmata jd garam terus ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

aku dah kejung kat situ . lutut melekat dgn lantai . bising sudu dgn garfu . aku sebut Allah 3 kali , tekak aku rasa mula relax

lepas 15 minit , Wawa ( kawan aku ) bangun . dia tanya aku okay tak , aku kata aku okay . padahal peluh dah sampai ke lantai

and aku chill tak cerita kt wawa sampai dua minggu sebelum final exhibition artschool Lendu bermula . Bismillahirrahmanirrahim

satu malam yang aku rasa itulah yang terakhir kalinya ๐Ÿ‘น usik aku . grup wasap semua tahu . sebab aku menangis voicenote .

aku tidur . sebab penat menempuh hari2 final sangat tenat ya Allah . aku dengar headphone . pukul 2 lebih . aku terjaga .

terjaga sebab ๐Ÿ‘น dalam bilik aku . dia ada dekat atas almari aku . almari tu ada dua . satu berdepan katil aku . atasnya kosong

Kisah Seram ada 'peneman' di kamar kolej UITM Part 2

almarinya bukan yg ni , lagi satu tu . kosong tapi aku tahu ๐Ÿ‘น ada . bilik aku gelap tapi ๐Ÿ‘น lg gelap !

aku nampak ๐Ÿ‘น gerak dekat dinding dari atas almari keluar tingkap . tembus langsir . terhalang segala cahaya dari luar tingkap

aku menangis . aku tak bangun buka lampu pun . aku takut nampak dia . aku terus mengiring belah kanan mghadap pintu bilik

aku cabut headphone . aku dengar bunyi tombol bilik dari hujung level seolah ada angin libas

aku buka mata sebesar2 nya then pintu aku terbuka ! aku heran . aku siap kunci tombol dgn selak dari dalam bilik

then aku bangun . sumpaj aku tak pusing belakang pandang tingkap  , aku tolak pintu slow slow sebab aku tak sanggup buatnyaa

buatnya dia lintas depan pintu and singgah , aku rasa , lengkap tiga beranak menghadap Ilahi ๐Ÿ˜ญ . aku terus tunduk and baring

then aku pejam mata tanpa terbuka even sepintas cahaya dapat masuk . aku pasang headphone and Demi Allah Quran Yaasin semua ๐Ÿ‘น...

===

Bersambung [DISINI]

Part 1 [DISINI]