Di mana keperluan produk detox pada badan?

Kenapa manusia tak perlukan produk detox untuk detox apa sahaja bahan “toksik” yang dihasilkan oleh badan?



Human waste dalam badan akan terhasil daripada proses rutin dalam badan seperti proses catabolisme, metabolisme, pencernaan

Catabolism adalah proses untuk menguraikan bahan kimia kompleks (carbohidrat, protein, lemak etc) kepada molekul yg lebih simple

Antara bahan buangan utk proses catabolism adalah uric acid, ammonia, nitrogen based dan sebagainya dan ada yang toksik

Metabolism adalah proses dalam badan yg menggunakan oksigen & nutrien yg lain utk menghasilkan tenaga untuk kita

Antara bahan buangan yang dihasilkan adalah karbon dioksida dan ianya perlu dibuang daripada badan.

Setiap bahan buangan daripada proses yang berlaku dalam badan kita ini mempunyai mekanisme yg cukup efisien utk membuang bahan ini dari bdn

Proses perkumuhan, pernafasan, berpeluh adalah antara proses yang membantu untuk mengeluarkan bahan-bahan ini tadi.

Jadi organ yg membantu utk proses ini adalah ginjal, hati, paru-paru, kulit, usus

Kesemua organ ini akn bekerja keluarkan bahan buangan ini

Setiap organ punya mekanisme yg cukup cantik utk bantu keluarkan bahan buangan

Ginjal kumuhkan urea,paru-paru keluarkan karbon dioksida etc

KESEMUA bahan buangan dr proses dlm badan manusia atau “toksik” ini tadi sememangnya telah diproses & dikeluarkn dari bdn oleh organ ini td

Setelah kefahaman asas sains ini yang saya terangkan, saya nak tanya,

Di mana nya keperluan PRODUK DETOX ini perlu untuk bantu kita?


Jgn bimbang mengenai bhn buangan dari proses badan ini, organ badan akan bantu utk keluarkan, selagi mana kita mampu KEKALKAN KESIHATAN bdn

Sebab itu saya selalu kata, JAGA BADAN kita,

Pemakanan yg baik & seimbang dan bersenam rutin

And our body will do the “detox” for us

Tahu tak apa masalah yg selalu saya lihat pasal “detox” ni?

Ada yg suka nak cari jalan mudah, suruh jaga makan & bersenam, mereka tak mahu

Jadi tak kira lah apa jenis produk detox pun, ianya tak bantu pun.

Yang saya nak tanya, apa mekanisme produk detox ni yg blh detox badan?

Detox adalah istilah yang digunakan utk membuang bahan toksik yg ada dalam badan utk penagih dadah.

Orang yg sihat nak detox buat apa?

Produk detox ni yg sy lihat byk yg bersifat diuretik

Minum teh & sebagainya,makin byk kencing & buang air besar,makin byk air hilang dr bdn

Bila air HILANG dari badan BANYAK, memang lah berat badan MENURUN, turun berat air bukannya jadi makin kurus ya. Itu bukan inch loss.