Bahaya sangat ke bahan kimia dalam perubatan moden?

Bahaya sangat ke bahan kimia dalam perubatan moden? Ini yang selalu ditakuti oleh pesakit yang membayangkan ubat doktor sebenarnya lagi membahayakan kerana ada bahan kimia.. walaupun ada bahan kimia macam mana boleh lepas untuk pesakit sudah tentulah baik untuk tubuh badan manusia atas izin tuhan..

Hana Hadzrami berkongsi berkenaan dengan tentant persidangan perubatan baru-baru ini..

Seorang doktor pakar perubatan telah membentangkan beberapa kajian kes.

Antaranya ialah kisah seorang pesakit yang baru pertengahan umur, belum pencen pun; mendapatkan rawatan susulan di kliniknya setelah mengalami angina (sejenis serangan jantung). Doktor pakar tersebut menyarankan agar tekanan darah dan paras kolesterol pesakit diturunkan melalui ubatan serta pencair darah dimulakan segera. Ini penting kerana serangan jantung kemudiannya mungkin boleh membunuh.

Bahaya sangat ke bahan kimia dalam perubatan moden
sekadar gambar hiasan
Pesakit menolak semua saranan pakar tadi kerana pada pendapatnya tekanan darah dan paras kolesterolnya tidaklah terlalu tinggi. Namun dengan paras sebegitu pun angiogram jantungnya telah menunjukkan penyumbatan pada salur koronari kanan sebanyak 70%. Kalau naik sikit lagi pasti tersumbat sepenuhnya.

Oleh kerana pesakit berkeras, maka pakar itu terpaksa meraikan prinsip autonomi pesakit. Pesakit memang berhak membuat pilihan keatas dirinya, walaupun pilihan tersebut kurang bijak dan adakalanya tak masuk akal.

Maka pesakit tadi memulakan senaman secara berbasikal, makan kapsul bawang putih (garlic capsules), makan cuka buah, minum jus suplemen, jaga pemakanan dan bermacam lagi. Semua ini atas saranan pengamal perubatan alternatif yang kena dengan pilihan hatinya.

Dia sangat yakin mampu menurunkan tekanan darah dan kolesterolnya secara alami. Malah sumbatan jantungnya pun pasti akan cair dengan setelah dibasuh dengan bawang putih dan cuka. Maklumlah, ubat hospital kan penuh bahan kimia. Yang dimakan itu semua alami tiada bahan kimia kononnya.

Selepas 2 bulan dia mengalami serangan jantung yang teruk sehingga dia dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung. Serangan itu mengakibatkan jantungnya lemah dan paru-parunya berair.

Dan seperti yang dijangka dia datang semula bertemu pakar perubatan di klinik. Angiogram jantungnya selepas 2 bulan mengamalkan terapi alternatif termasuk senaman menunjukkan penyumbatan koronari kanan sepenuhnya beserta penyumbatan koronari kiri sebanyak 90%.

Bila ditunjukkan imej angiogram tersebut barulah dia akur dengan terapi tak menjadinya itu.

Dengarlah nasihat Doktor Pakar.

Kesimpulannya, dengarlah nasihat pakar. Amalan hidup sihat itu bagus, jika dimulakan awal sebelum sakit. Kalau dah jatuh sakit, perlulah ambil ubatan yang disarankan doktor terlebih dahulu, kemudian barulah sama-sama diamalkan dengan gaya hidup sihat. Waktu dah terlalu genting untuk diperjudikan nyawa mencuba terapi alternatif.

Sebanyak mana pun kapsul bawang putih, madu, cuka buah yang dimakan tak mampu menghilangkan sumbatan koronari yang meruncing. Mungkin boleh bantu mencegah tetapi tak mampu merawat.

Kata pakar perubatan tadi, bukan satu dua kes sebegini yang dia alami, malahan berpuluh-puluh. Mungkin dah cecah ratusan pun.

Dia dah tak mampu nak marah atau tegur. Sekadar mampu nasihat. Jika pesakit menolak nasihat dia hanya mampu angkat kening dan tersenyum sumbing. Maklumlah dah biasa digelar agen big pharma.

Jika bernasib baik dia pasti akan berjumpa pesakit, dalam keadaan lebih teruk. Jika tak bernasib baik, dia hanya mampu menerima khabar berita kematian pesakit melalui ahli keluarganya.

cuba bagi tahu benda yang mana yang tak ada bahan kimia? Sedangkan Supplement sendiri pun ada campuran kimia..