ayahnya tanya kepada anaknya : kenapa balik sekolah dengan keadaan macam ini?
Lalu anaknya menjawab : duduk sekolah tak sronok, cikgu selalu marah, selalu rotan, kawan tak mahu kawan kawan selalu pulau dan buli..
Pastu bapanya dengan senyum menyuruh anaknya masuk bilik, mandi bersihkan diri, ambil wudhu dan sembahyang zohor..
selepas anaknya selesai semua...anaknya pergi kepada bapanya dan bapanya suruh anaknya ke dapur..
Lalu anaknya pun menurut apa yang disuruh bapanya..
Ujian hidup manusia umpama Telur Maggi dan kopi
bila dah sampai dapur dihadapanya ada tiga gas tungku yang sudah terbuka api ketiga-tiganya sekaligus..- bekas pertama ada telur
- bekas kedua ada maggi
- bekas ketiga ada kopi
pastu bapanya suruh anaknya untuk pecahkan telur.. maka anaknya pecahkan telur dengan mudah,...
pastu bapanya suruh anaknya untuk belahkan maggi jadi dua maka anaknya belahkan maggi yang keras jadi dua..
kemudian disuruh lagi dengan menaburkan kopi maka anaknya dengan mudah menaburkan kopi..
sekarang di depan kamu adalah unsur yang sama, benda yang sama, material yang sama.. maksud bapa 'api' ini adalah ujian dan dugaan serta masalah yang Allah berikan dalam dunia ini...
pastu letak periuk yang diisikan airnya di atas gas tungku...dan isikan semua telur, maggi dan kopi di setiap periuk..
apabila dah sampai kematangan airnya itu..
bila telur dah masak, ini adalah peringkat manusia yang pra matang sama seperti kamu yang masih tahap seperti remaja..kalau tak diuji dengan baik kamu akan mudah pecah tapi bila kamu dah terbiasa dengan ujian masalah dia akan jadi kerass dan lali dengan masalah
peringkat maggi ini dah peringkat macam ayah ini... maggi yang tadinya keras sekarang dah jadi felxibel dan kenyal, inilah peringkat yang memang sudah lali dengan masalah yang datang..
maka anaknya pun mula faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh bapanya dan mula sedar dalam kehidupan pasti ada ujian cuma bagaimana kita nak menghadapi ujian kita sekarang dan masa akan datang..
2 comments
Hampir2 x sampai tadi..
Nasib baik sangkut juga perumpamaan yg last2 tu hehee..
@elih nasib sampai ya. hahha