Takziah Buat keluarga mangsa Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Salam takziah buat keluarga mangsa tahfiz darul quran Ittifaqiyah mengalama musibah yang sangat besar iaitu kebakaran yang tidak disangka yang mengorbankan 23 orang termasuk warden. 

Kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 5.10 pagi di tingkat teratas bangunan.
Saksi awam memberitahu, ketika azan Subuh berkumandang, api masih kelihatan di tingkat teratas bangunan tahfiz itu.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah berusaha mengawal kebakaran hingga jam 6.15 pagi.

Satu tragedi yang sangat besar kerana melibatkan lebih 20 nyawa yang maut dalam sekelip mata. 

Semoga tragedi ini menjadi pengajaran kepada pihak organisasi yang lain dalam soal keselamatan dalam rumah atau bangunan. 

Punca masih belum diketahui lagi..

Juga dinasihatkan untuk tidak share video-video kebakaran atau keadaan dalam bangunan tersebut kerana itu merupakan aib yang perlu ditutup tanpa diketahui oleh orang lain.. 

Jika kita jaga aib orang, maka Allah akan jaga aib kita. 

SUMBANGAN IKHLAS BUAT DARUL QURAN ITTIFAQIYAH,DATO' KERAMAT,KUALA LUMPUR.


Takziah Buat keluarga mangsa Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Jangan menggunakan pihak ketiga @ orang tengah dalam menyalurkan sumbangan/derma.

Berikut nombor akaun yang sahih:

DARUL QURAN ITTIFAQIYAH

AKAUN NO: 8602299587
CIMB ISLAMIC

sekali lagi SALAM TAKZIAH  Diucapkan kepada keluarga mangsa kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah,Dato' Keramat,Kuala Lumpur