Sibutramine kandungan berbahaya pada ubat kurus

Sibutramine adalah salah satu bahan yang sangat berbahaya pada ubat yang menawarkan kepada pengguna untuk kuruskan badan.

Sila berhati-hati dengan produk yang menawarkan penurunan berat badan yang biasanya disertakan testimoni dan gambar yang begitu hebat.

Mengikut pengalaman ubat kurus yang tidak berdaftar dengan KKM biasanya dicampur dengan racun berjadual seperti Sibutramine.

Sibutramine kandungan berbahaya pada ubat kurus
Sibutramine kandungan berbahaya pada ubat kurus

Sibutramine kandungan berbahaya 

Sibutramine diharamkan penggunaannya oleh WHO, malah KKM mengharamkan Sibutramine sejak akhir 2010 lagi. Hal ini adalah kerana kesan mudarat Sibutramine boleh mengancam nyawa. Ada 1 jiwa telah terkorban di Malaysia kerana Sibutramine (sepanjang pengetahuan kami)

kesan sampingan yang biasa dialami adalah :

  • Rasa segar sepanjang masa sehingga sukar hendak tidur
  • Kesan pada jantung tetiba rasa berdebar, tekanan darah tinggi, degupan jantung tidak sekata, kejap sedih, kejap gembira kejap letih..
  • Tangan mengigil, kepala mula pening, muntah loya, cirit-birit, sakit perut,
  •  Pada lelaki menyebabkan mati pucuk dan tak ada nafsu syahwat

Adakah kita ingin menunggu mangsa berikutnya baru kita tersedar? Malangnya jika mangsa tersebut adalah kita sendiri atau insan-insan yang rapat dengan kita.