Thursday, September 7, 2017

Nasi Komok Thailand Di Bangi Square

Bangi Square boleh kata tempat aku selalu lepak makan dgn member aku..

Aku suka pergi tempat ni sebab tempatnya besar dan banyak juga pilihan kalau nak makan..

nak makan nasi lemak ke, bakso ke, mee rebus, waffle, makanan barat kiranya semua ada..

kalau nak cari port baik nak tengok bola boleh datang kat sini memang meriah habis..

and aku mula perasa ada satu kedai baru buka namanya Nasi Komok Thailand. Yang ini first time makanan aku pernah dengar nasi komok?

Apa itu nasi Komok?

Bila cari punya cari komok tu apa baru terjumpa yang komok sebenarnya kalau ikut bahasa Thailand Khao Mok Gai.

atau bahasa senangnya Nasi Beriyani Siam.

Tapi kalau kita tengok rupanya macam nasi ayam pun ada, nasi ayam penyet pun lebih kurang..

cara penyediaannya yang hampir serupa. Apa yang membezakan nasi ini daripada nasi ayam yang lain adalah pengunaan rempah Komok di dalam penyediannya. Mungkin rempah ini agak asing dan sukar bagi kita untuk menemuinya di pasaran.

So ini la rupanya Nasi Komok Thailand..

Nasi Komok Thailand Di Bangi Square
Nasi Komok Thailand Di Bangi Square
Kat sini korang ada pilihan sama ada korang nak nasi komok ayam ke, Sotong grill ke, Kambing ke,,. boleh pilih.

dan setiap pilihan berlainan harga.

macam aku order nasi komok Sotong Grill harga RM8. Member ak plak order nasi komok yang kambing harga RM10.

rasanya macam mana nasi komok

Rasanya sedap.. macam makan nasi beriyani melayu buat. yang lainnya sebab ada sotong dengan kambing.