Saturday, August 26, 2017

Solat Pakai Seluar Pendek boleh ke?

Ak pernah nampak orang arab kalau solat ada yang pakai seluar pendek kat Masjid, time tu nampak kat masjid Johor. So, membe aku tanya boleh ke? Harus bagi Mazhab Maliki & Hambali untuk solat pakai Seluar pendek.

Solat Pakai Seluar Pendek boleh ke?
Solat Pakai Seluar Pendek boleh ke?

Pandangan Mazhab Maliki 

Pendapat yang sepakat dalam mazhab ini mewajibkan menutup aurat daripada pandangan orang ramai.

Ketika bersembahyang, menurut pendapat yang sahih daripada mazhab ini, diwajibkan menutup perkara berikut:

Aurat orang lelaki ketika bersembahyang ialah aurat berat (mughallazah) sahaja, iaitu kemaluan hadapan, zakar berserta buah zakar dan kemaluan belakang yang terletak antara kedua-dua papan punggung. Oleh itu, diwajibkan mengulangi sembahyang dengan segera sekalipun terdedah kedua-dua papan punggung sahaja, ataupun terdedah ari-ari. Paha tidak dikira sebagai aurat pada pandangan mereka, hanya zakar dan buah zakar sahaja berdasarkan Hadith riwayat Anas:

Bahawa di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah s.a.w. telah terkoyak kain pada pahanya, sehingga aku temampak keputihan pahanya. Maliki dan Hanbali: aurat lelaki ialah kemaluannya sahaja (zakar dan duburnya) Dalil: hadith Anas bahawa pada hari Khaibar, Nabi membuka pahanya (HR alBukhari)

Namun dalil al-Qur:an yg menyentuh aurat lelaki secara khusus tidak ada.

Tahqiq al-Qardhawi: Memetik pendapat Ibn Qayyim tentang bagaimana kita mengkompromi dua hadith yang saling bertentangan, maka ialah dengan membahagikan aurat lelaki kepada aurat berat (kemaluan) dan aurat ringan (dua paha atau pusatnya). Maka hukum yang jelas ialah haramnya membuka aurat yang berat yakni kemaluan dan dubur. Aurat pusat dan paha sebaiknya ditutup juga, tapi jika keadaan terdesak, maka dibolehkan. (al-Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 5 & 6 Pustaka Salam)

Jadi, korang jangan pelik dengan orang luar negara mahupun orang Malaysia sendiri yang memakai seluar pendek ketika solat. Tapi korang jangan pula pakai seluar pendek kat kampung nanti, mahu nak kena marah dengan orang kampung. Dan jangan pula cepat menghukum serta selidik dahulu baru tahu dibolehkan ataupun tidak pakai seluar pendek ketika solat.

Kalau tak belajar bab khilaf antara mazhab, mohon jangan cepat menghukum. Raikan perbezakan pendapat. Yang mengikut mazhab syafei, teruskan dengan apa yang diamalkan.