Saturday, August 12, 2017

Sifat Orang Yang Munafik yang selama ini kita abaikan

Sifat Orang Yang Munafik yang selama ini kita abaikan

Sifat Orang Yang Munafik yang selama ini kita abaikan
Sifat Orang Yang Munafik yang selama ini kita abaikan
1) Melanggar Perjanjian yang telah dipersetujui

2) Memutuskan Sillaturrahim.

3) Memperolokkan - olokkan Allah.

4) Melakukan kerosakan di muka bumi ini dengan menyalakan api fitnah dan menghina orang-orang islam. Mereka menuduh islam pengganas semata-mata untuk menghalalkan perlakuan jahat mereka dan memperkosa negara-negara islam. Afghanistan dan Iraq adalah contoh kejahatan nafsu buas orang kafir yang didalangi oleh munafik.

5) Menolak iman bererti golongan munafik ini menolak nikmat dan hidayah daripada ALLAH. Mereka ini diibaratkan seperti peniaga yang membeli kesesatan yang merugikan dan meninggalakn petunjuk yang lebih menguntungkan.

6) Sentiasa menuduh orang-orang Islam adalah orang yang bodoh. Mereka mendakwa diri mereka adalah golongan elit dan VVIP. Apa yang pastinya dalam menuduh orang-orang islam bodoh, mereka sendiri dengki dan cemburu dengan kemajuan Islam. 

Mereka menyembunyikan perasaan itu dengan menuduh orang islam bodoh. Di dalam ilmu ketahanan diri, ia adalah taktik mengalihkan pandangan orang lain dan mempertahankan diri. Apabila seseorang merasakan diri mereka bodoh, tetapi takut dituduh bodoh, mereka segera menuduh orang lain bodoh atau pencuri yang menjerit-jerit mengatakan “ pencuri-pencuri-pencuri” untuk mengalihkan perhatian orang.

-------------------------------------

Orang munafik diibaratkan seperti orang yang ditimpa hujan lebat di dalam perjalanan dengan langit gelap gelita dan guruh serta kilat sabung menyabung. Mereka menyumbat jarinya dalam telinga masing-masing kerana takut cahaya kilat dan bunyi guruh. Setiap kali pancaran kilat menerangi, mereka berjalan dalam cahayanya dan apabila gelap menyelubungi, mereka berhenti menunggu dengan kebingungan. 

Mereka sentiasa tercari-cari kehidupan yang tidak timbul . ALLAH menjanjikan tempat orang-orang munafik  di tingkatan yang terkebawah sekali dari lapisan-lapisan dalam neraka dan tidak sesiapapun yang mampu menolong mereka.