Sunday, August 13, 2017

Seram ke Annabelle Creation kali ini?

Aku baru je habis tengok movie annabelle Creation dengan membe aku semalam kat palm mall, Seremban..

masuk agak lambat sikit so tak tahu awalnya cerita macam mana..

seram ke movie annabelle Creation?

sebelum aku cerita lebih panjang pasal keseraman annabelle Creation ini... aku kongsi sinopsis movie ini..

Seram ke Annabelle Creation kali ini
Seram ke Annabelle Creation kali ini

Sinopsis annabelle Creation

mengisahkan suami isteri yang telah kematian anak perempuannya dan dorang macam tak boleh terima hakikat yang anak dorang dah mati..

so dorang decide untuk buat satu ritual yang dilarang untuk berjumpa dengan anaknya setiap hari walaupun dah mati...

tapi hari tak selalu cerah disangka anaknya yang datang tapi makhluk lain yang datang kemudian kacau dorang.

Seram ke annabelle Creation?

kalau korang tanya aku, memang aku akan kata seram giler babeng.. hahaha.. ada orang jiwa kental kata biasa je seram ini tapi bgi aku cerita ni memang seram walaupun dia punya teknik keseraman tu sama je macam2x movie seram sebelum ini still aku masih seram lagi tengok..

dia punya seram tu sampai aku tutup sedikit mata aku.. kebetulan aku pakai topi memang aku cover sikit denga topi yg aku pakai..

seramnya sebab kalau sebelum ini melibatkan orang dewasa tapi dalam movie ini melibatkan kanak2x so dorang memang takut habis dan bagaimana dorang nak lari dari demon..

siangnya sekejap malamnya tu yang lama... babak siang tu jangan disangka tak ada hantu ya.... ada juga hantu muncul memang sesak nafas gak aku tengok cerita ini... hahah

so kalau korang rasa nak tengok boleh pergila tengok kalau korang suka cerita seram.. dari movie ini korang boleh tahu macam mana patung tu boleh ada kat umah tu...dan ada hantu valak kat sini.. 

aku bagi 3.8/5 bintang untuk cerita annabelle Creation

3 comments

Teringin sangat nak tengok filem ini, cuma belum berkesempatan lagi.

Insya Allah... Cari ruang masa kosong nak ajak anak-anak tengok.

Rasa ngeri pulak nak tengok annabella ni..kang tak tido malam

Kalau dah namanya cerita seram memg xla nak tgk