Saturday, August 19, 2017

Senator Pauline Hanson di kecam kerana pakai burqa

Pauline Hanson ahli Politik paling rasis yang berlaku di Australia,

Kenapa rasis?

Senator Hanson muncul di Parlimen dengan memakai BURQA penuh untuk menunjukkan protes semasa isu pakaian ditempat awam dibincangkan di Parlimen sedangkan Hanson bukan muslim tapi memakai Burqa

Pauline Hanson pernah mengeluarkan kenyataan kepada Parlimen supaya mengharamkan kemasukkan migran islam ke Australia..

Senator Pauline Hanson di kecam kerana pakai burqa
Senator Pauline Hanson di kecam kerana pakai burqa
Parti One Nation yang diterajui Hanson memiliki empat kerusi di Dewan Senat Australia..

Sebelum ini banyak kes kontroversi yang dia timbulkan dan kesemuanya berkaitan dengan orang islam.. Dasarnya, termasuk mengharamkan pembinaan masjid dan sekolah agama, memasang CCTV di semua masjid dan sekolah agama serta mengharamkan wanita daripada memakai burqa di khalayak ramai..

Peguam Negara George Brandis mmebidas tentang apa yang dilakukan oleh Pauline baru-baru ini.

Tapi bukan semua ahli parlimen menyokong Pauline Hanson.. Semasa dia memakai BURQA di Parlimen, Attorney General Australia bangun dan membidas Hanson.. Dia kemudian disambut oleh semua ahli Parlimen dengan berdiri tanda hormat..

Saya tidak akan membiarkan serta mendiamkan diri setelah apa yang telah anda lakukan ini, Saya inigin memberi nasihat supaya berhati-hati terhadap kesalahan yang mungkin anda lakukan terhadap kepercayaan agama rakyat Australia. Kita ada setengah juta rakyat muslim di sini dan mereka semua mengikut semua peraturan yang telah ditetapkan oleh negara ini dengan baik.
Selepas video itu tersebar, Ulama Besar Perth mengeluarkan arahan kepada seluruh rakyat Australia beragama islam supaya mengundi parti lawan disetiap kerusi yang ditandingi oleh Parti One Nation..

Adel Salman, Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Victoria berkata tindakan Hanson adalah suatu 'penghinaan terhadap kedudukan beliau'.

“Perkara ini sungguh mengecewakan, tetapi tidak menghairankan kerana beliau sudah sering kali memerli kepercayaan Islam.”

Menurut data banci, kira-kira 2.2 peratus daripada 24 juta penduduk Australia terdiri daripada umat Islam..