Thursday, August 10, 2017

Sedapnya Makan Miang Kham Makanan Thailand

Siapa pernah makan "Miang Kham" ni. Aku kenal makanan ni melalui member aku yang ajak makan kat Bangi Square.

Harga Ming Kham RM8 kat situ

Rasanya macam mana?

Ini first time makan daun pastu sekali dengan bahan2xnya dalam daun tu pastu letak sambal manis dalam daun tu pastu korang ngap terus gto je. Rasa tu mula2x biasa je tapi lama2x jadi ketagih nak makan sebab sedap sangat... sebab ada sambal manis... takdela pedas tapi manis macam gambar dibawah yang dibahagian tengah..

Ini antara resepinya. Tapi ni gambar hiasan tau. Saya dah kecur liur tengok gambar ni. Hihihi

Sedapnya Makan Miang Kham Makanan Thailand
Sedapnya Makan Miang Kham Makanan Thailand
Gambar kat atas tu korang nampak daun, pastu ambil sikit2x bhagian tepi2x tu macam kacang, bawang, limau campurkan semua pastu tambah pemanis kat tengah tu..  

Bahan-Bahan Miang Kham

Daun Kaduk
Kacang
Kelapa
Halia
Limau nipis/kasturi
Bawang besar
Cili padi
Udang kering

Kelapa : isi kelapa dihiris halus dan digoreng tanpa minyak (sangai)

Bahan kuah :

Air - 2 cawan
Gula melaka - 5 keping
Gula putih - 2 sudu
Belacan - besar ibu jari
Serai - 2 batang atau daun pandan

Cara sediakan Miang Kham :

Panaskan air, masukkan gula melaka, gula putih, belacan.

Kacau dengan api perlahan

Akhir sekali masukkan serai atau daun pandan untuk wangikan kuah.

Cara makan :

Gulungkan daun kaduk, masukkan semua bahan dan letakkan kuah balut dan makan. Nyum nyum nyum. Sedapnya. Selamat mencuba. Hihihi. Silakan saja SHARE.

kredit resepi kepada NurulHuda Awang Yaacob‎